Friday, February 28, 2020

Hellwitch - Syzygial Miscreancy -

Debut album selepas beberapa Demo & Single rilis tahun 1990. Lineup 3 orang sahaja bermain Thrash/Death Metal. Permata tersembunyi dari Florida Death Metal scene. Untuk tahun 90an album ini sangat hebat, teknikal lagi cemerlang. Salah satu pengeluaran terbaik dari Wild Rags. Diakui sy bukan penggemar Death Metal tetapi sy mendengar album ini berulang kali sepanjang hari. Semua instrument sangat mengagumkan. Apabila diletakkan dalam sejarah, peminat & pengkritik terpesona dengan keberanian & bakat kumpulan hebat ini... Tabikk!!!!!

*Pendek sangat 25 minit untuk 7 lagu*


Monday, February 24, 2020

McAuley Schenker Group - Perfect Timing -

Debut album rilis Oktober 1987.. Seperti semua komposisi Michael Schenker lagu2 dalam album ini halus permata dalam melodi. Beberapa solo yang mantap lagi membunuh. Vokal Robin McAuley benar2 sesuai dengan gaya Schenker. Album ini menampilkan 3 single 'Love is not a Game', 'Follow The Ninght' & US Hot 100 Hit 'Gimme Your Love'. Sy fan boy MSG. Long live my gitar hero... Best!!!!1


Friday, February 21, 2020

Sacrifice - Soldiers Of Misfortune -

Album ke 3 rilis tahun 1990. Mereka berasal dr Toronto Canada & bermain Thrash Metal. Bersama2 band senegara Voivod, Razor & Annihilator mereka digelar "Big 4" Canada Thrash Metal. Ini adalah album yang sangat baik. Solo, teknik & lirik yang lebih banyak variasi.

Album ini merupakan karya luar biasa yang tidak dapat dilepaskan jika berpeluang memilikinya. Tidak ada kesalahan atau kelemahan kecil yang merosakkan perjalanan keseluruhan album. Sekiranya anda suka album ini, anda harus mendengar album sebelumnya 'Forward To Termination'. Lagu terakhir 'Truth (After The Rain) - durasi 10 minit 20 saat' harus menjadi salah satu standard untuk semua Progresif Metal... Bagus!!!!!


Monday, February 17, 2020

The Concert For Bangladesh - George Harrison And Friend (2 Cd) -

Live album rilis Dec 1971 (USA) & Jan 1972 (UK). Idea untuk membuat live ini datang selepas rakan karib yang juga guru gitar beliau Ravi Shankar bercerita tentang krisis kemanusiaan secara besar-besaran yang berlaku di timur Pakistan & bertanya sama ada beliau & bekas lineup The Beatles boleh membuat apa2 untuk membantu. Harrison dengan segera memanggil Bob Dylan, Eric Clapton, Ringo Star, Leon Russell & Billy Preston untuk mengadakan 2 persembahan di Madison Square Garden New York pada 1 Ogos 1971. Konsert ini mendapat $250,000 - jumlah yang besar pada zaman itu.

Sy sangat suka & respek minat beliau terhadap muzik India. Beliau meminta orang ramai membuka fikirkan masing2 kepada pemuzik & muzik yang hebat. Terima Kasih George Harrison untuk kecintaan anda kepada sifat kemanusiaan.. Salute!!!






Friday, February 14, 2020

Atomkraft - Future Warriors -

Studio album rilis tahun 1985. Berasal dari England. Bermain Heavy/Speed Metal. Menjadi terkenal kerana bassist/Vokalis Tony Dolan menggantikan frontman band Venom Cronos untuk beberapa album pada tahun 80an. Jika anda mendengar album ini atau EP mereka, anda akan memahami mengapa beliau menjadi pilihan. Atomkraft terdengar sangat mirip dengan Venom walaupun secara konsep lirik2 mereka tidak mengagungkan ilmu ghaib. Jika anda peminat awal Venom, Razor atau Exciter sila dengarkan album ini & dapatkan jika berpeluang... Obscure Metal... Klasik!!!


Monday, February 10, 2020

Exodus - Impact Is Imminent -

Album ke 4 rilis Jun 1990. Salah satu album terbaik yang mereka keluarkan. Sama ada untuk bahagian vokal & instrument. Soundnya masih Thrash terdapat banyak riff2 yang heavy juga irama yang catchy. Suara vokalis Steve 'Zetro' Souza bertambah bagus yang pada sy orang biasa akan kehilangan nafas jika menyanyi sebegitu rupa. Album ini juga menampilkan pertama kali drummer John Tempesta yang pernah bermain dengan band seperti Testament & Rob Zombie.

Album ini adalah serangan Thrash tulen yang akan menendang & menampar muka anda. Beri peluang & dengarkan album ini. Biarkan saja riff & solo membuai sehingga anda mahu melompat... Boleh tahan!!!!!


Saturday, February 8, 2020

David.T Chastain CJSS - Praise The Loud -

Album ke 2 rilis tahun 1986. Secara muzikalnya  CJSS sangat mirip dengan band David.T Chastain yang lain iaitu 'Chastain' pada masa itu (Yang berbeza band ini vokalisnya lelaki). Semasa tahun2 kegemilangan Heavy Metal awal 80an,Chastain sangat sibuk. Merakamkan album dengan kumpulan CJSS, Chastain & projek solo menggunakan nama penuh beliau. Sy sangat berminat dengan CJSS kerana menampilkan vokalis lelaki manakala Chastain menampilkan vokalis wanita. Penggemar hero gitar atau pure heavy metal 80an,album ini untuk anda... Bagus!!!!

*Nama kumpulan ini diambil dari nama tiap lineup*
David. T Chastain   C
Russell Jinkens       J
Mike Skimmerhorn  S
Les Sharp                 S


Monday, February 3, 2020

Invocator - Excursion Demise -

Debut album rilis tahun 1991. Band teknikal Thrash Metal dari Denmark. Sangat berpengaruh dalam Scene Thrash/Heavy Metal Eropah. Mereka mencampurkan muzik Death, Thrash, Groove & Progresif Metal ke dalam lagu2 mereka.. (Mantobb!!)...

Cover album cantik tapi sedikit pelik. Album yang sangat baik dengan campuran muzik yang menjadikan album ini sangat tinggi nilainya bagi penggemar Thrash. Lineup juga berada dalam prestasi tertinggi permainan mereka. Album ini benar2 menyeronokkan dari mula hingga akhir tanpa ada lagu yang membosankan. Album yang sangat disarankan kepada sesiapa yang suka Thrash dimainkan sepantas kelajuan cahaya.. Sangat2 berbaloi... Bagus!!!