Thursday, August 27, 2020

Diana 1-Mona Fandey (Sealed)


 Alfatihah.. X pasti ini album ke berapa. X sangka penyanyi ada album gak arwah.. 

Monday, June 22, 2020

Debut solo album rilis 17 Oktober 2000. Apabila bercakap mengenai Tony Iommi hampir semua pemuzik Metal hormat & tidak akan melepaskan peluang untuk bekerja sama dengan beliau untuk menghasilkan album.
Lineup dalam album ini sangat mengagumkan. Antara yang terlibat ialah Philip Anselmo Pantera, Serj Tankian System of A Down, Billy Corgan Smashing Pumpkins & Dave Grohl Foo Fighter.

Lagu "Who's Fooling Who'" menampilkan Ozzy Osborne vokal & Bill Ward drum. Lagu yang seolah2 mengembalikan zaman kegemilangan Black Sabbath.. Fuh... Walaupun tidak begitu klasik seperti yang ramai harapkan 'IOMMI' adalah pilihan terbaik bagi peminat Black Sabbath juga tambahan wajib untuk koleksi metal head.. Bagus!!!

Tuesday, May 26, 2020

TNT - 1st album (Self Title) & album kedua - Knight Of The New Thunder -

*Debut album rilis tahun 1982. Satu2nya album mereka yang menampilkan lagu dalam bahasa kebangsaan negara asal mereka Norway. Shredder & riff2 yang mantap dari seorang lagi gitar hero aku - Ronni Le Tekro.. Power!!!


*Album kedua rilis tahun 1984. Vokalis Tony Harnell masuk untuk menggantikan vokalis asal Dag Ingebrigtsen. Album terakhir mereka bermain Heavy Metal. Album selepas ini lebih kepada Glam Metal. Album yang sangat bagus. Jika anda baru bermula album ini disarankan, tapi jika minat lebih kepada 80n hard rock sila dapatkan album selepas ini 'Tell No Tales" dahulu. Disyorkan jika anda peminat Iron Maiden @ Judas Priest.. Best!!!

Friday, April 24, 2020

Yngwie J. Malmsteen - Trilogy -

Album ke 3 rilis Nov 1986. Selepas 2 album yang klasik, Malmsteen mula bereksperimen dalam album ini. Beliau terlalu obses dengan arus mainstream. Album ini mengetengahkan penyanyi baru Mark Boals yang tidak mencapai status 2 album terdahulu dengan Jeff Scott Soto.

Album ini untuk peminat gitar shredder. Jika anda tidak mendengar album terdahulu, ini adalah tempat yang baik untuk bermula. Long live my gitar hero!!! Apapun genrenya Malmsteen tetap sama, permainan gitar laju yang ramai Cuba meniru tapi sangat sedikit yang berjaya... Bagus!!!

*Album ini Malmsteen dedikasikan untuk Perdana Menteri Sweden Olof Palme yang dibunuh pada 25 Feb 1986.*


Friday, April 17, 2020

Slammer - The Work Of Idle Hands -

Debut album rilis tahun 1989. Berasal dari England & bermain Thrash Metal. Album ini dikenali sebagai album Thrash Metal Inggeris mempunyai sound USA lewat 80an. Muziknya sangat generik & kreatif. Album yang solid. Track terbaik bagi sy 'Tenement Zone', 'If Thine Eye' & 'Hunt You Down'. Jika terjumpa album ini jangan dilepaskan. Album yang payah nak dapat sebab di bawah label Warner Bros... Best!!!


Monday, April 13, 2020

Overkill - Coverkill -

Album ini rilis Oktober 1999. Cover lagu2 dari band yang mempengaruhi mereka seperti Deep Purple, Black Sabbath, Motorhead, Kiss, Judas Priest, Jethro Tull, Ramones, Sex Pistols & Manowar. Overkill melakukan perkara yang baik untuk keseluruhan perjalanan album kerana tidak menyimpang jauh dari lagu asal. Apabila mempunyai Bobby 'Blitz' Ellsworth mengetuai band, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 'Blitz' mempunyai vokal & penyampaian suara yang sangat berbeza. Ia merupakan salah satu unsur utama yang menentukan sound Overkill.

Pengeluaran album yang sangat baik. Walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam beberapa track, album berjalan lancar. 'Coverkill' secara keseluruhan adalah album yang padu dari mereka. Satu2nya album lagu cover yang mereka keluarkan... Bagus!!!


Friday, April 10, 2020

TKO - In Your Face -

Album ke 2 rilis tahun 1984. Berasal dari Seattle, Washington USA. Bermain Hard Rock & Heavy Metal. Salah satu 'permata' yang dilupakan pada tahun 80an. Sering tidak dipedulikan kerana imej mereka. Suara vokalis Brad Sinsel menakjubkan walaupun beliau bukan penyanyi terhebat tetapi suaranya penuh variasi. Album yang bagus. Antara album terawal yang di keluarkan oleh label Combat. Bagus!!!


Tuesday, April 7, 2020

Leather - Shock Waves -

Album solo pertama rilis tahun 1989. Beliau dikenali sebagai vokalis Utama kumpulan Heavy Metal 'Chastain'. 2 lagu awal sangat pantas & mempunyai semua perisa metal 80an. Element Hair & Power Metal juga beberapa unsur Thrash Metal yang digabungkan dengan vokal Leather yang mantob. Sy meminati vokal beliau untuk lagu yang pantas & keras. Tetapi sy lebih suka lagu beliau yang perlahan.

Ini adalah permata tersembunyi Metal akhir 80an. Sekiranya anda suka & peminat metal 80an, album ini untuk anda.... Jika tidak abaikan saja... Bagus!!!


Friday, April 3, 2020

Grave Digger - Heavy Metal Breakdown -

Debut album rilis Oktober 1984. Jerman Heavy Metal pada tahun 80an adalah perkara yang biasa kepada peminat metal. Band seperti Running Wild & Accept membuka jalan dengan riff kasar & vokal yang berkuasa. Salah satu band yang tidak dikenali Grave Digger perlahan2 mencipta nama & album ini percubaan mereka untuk memecah masuk ke dalam komuniti metal ini.

Album ini sangat raw, primitif, agresif & lebih berat daripada mana2 album yang di keluarkan pada tahun itu. Lagu seperti 'Head Banging Man', 'Heavy Metal Breakdown' & ' We Wanna Rock You' mewakili segalanya yang berkaitan dengan Heavy Metal. No filer. Album ini sangat bagus yang akan memenuhi kepuasan mendengar peminat. Album ini benar2 hidup sesuai dengan tajuknya. Mantobb!!!


Monday, March 30, 2020

Scorpions - Lonesome Crow -

Debut album rilis Feb 1972. Ramai orang tahu & mengenali Scorpions. Tetapi mereka dikenali, disayangi atau dibenci untuk apa yang mereka mainkan pada tahun 80an atau lagu ballad popular mereka "Wind Of Change". Ramai yang tidak tahu bahawa ada hits terbesar mereka sebelum itu.

Pada tahun 1972 Scorpions adalah Klaus Meine (vokal), Rudolf Schenker (rythm gitar), adiknye Michael (lead gitar),Lothar Heimberg (bass) & Wolfgang Dziony (drum). Struktur muzik dalam album ini tipikal 60an/awal 70an dengan pengaruh kuat jazz & psychedelic rock.

Jika anda peminat 70an rock, anda mesti mendapatkan album ini. Walaupun anda mungkin tidak menyukai Scorpions pada umumnya. Album ini adalah salah satu album terbaik yang pernah mereka keluarkan.. Mantobb!!!

*Album ini satu2nya album yang lead gitaris Michael Schenker terlibat(hanya berusia 16 tahun ketika itu.. Respekk!!). Beliau kemudian keluar dari band selepas ditawarkan untuk menyertai UFO. Kembali semula semasa sesi rakaman & tour album Lovedrive 1979*


Friday, March 27, 2020

Nocturnus - The Key -

Debut album rilis Oktober 1990. Nocturnus band Death Metal paling unik yang pernah wujud. Tetapi mereka tidak begitu terkenal, walaupun dalam komuniti metal. Album ini salah satu album Death Metal yang paling aneh pernah di dengar. Penggunaan keyboard menambah kepelikan itu. Louis Panzer bermain keyboard untuk band ini & membuat bunyi seperti alien angkasa lepas... Fuhhh.. Dengarkan lagu 'Neolithic' yang berbunyi seperti lagu Tema 'The X Files'. Ianya 4@5 tahun sebelum siri popular ini ditayangkan.

Mike Brown pemain drum juga menggalas tugas sebagai vokalis. Ini album yang sangat jahat terutama bila mengingatkan tahun ianya keluar. Underrated album. Bukan hanya kerana keaslian & kualitinya, tetapi juga peminat dapat sesuatu dari album ini. Semuanya bercampur dari riff Death & Thrash juga beberapa pengaruh Black Metal. Jika anda menyukai 'The Key' pastikan anda mendapatkan album susulan selepas ini 'Theresholds'... Best!!!



Monday, March 23, 2020

Vampyr - Cry out for Metal -

Album penuh studio rilis tahun 1985. Berasal dari Jerman & dikelilingi oleh band2 terkenal pada masa itu. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang band ini. Satu perkara yang pasti mereka band Heavy/Speed metal underground yang hanya sempat merakamkan sebuah album. Berdasarkan nama & cover sudah dapat diagak bahawa muzik band ini adalah klasik Jerman metal. Apa yang menarik dalam album ini ialah pengeluaran & sound yang dihasilkan untuk album metal 80an.
Sound gitar yang sangat jelas. Instrument lain juga bagus membuatkan album ini cemerlang.

Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang Heavy/Speed Metal Jerman sebenar dengarkan album ini. Semua lagu adalah pantas & gelap. Anda dapat mendengar setiap riff gitar yang terdiri daripada struktur metalik & getaran yang hebat... Bagus!!!


Friday, March 20, 2020

Kreator - Coma Of Souls -

Album ke 5 rilis Nov 1990. Jika anda suka Thrash, sudah semestinya anda akan menyukai Kreator. Mereka mengambil langkah besar dalam penulisan lagu untuk album ini. Sangat menarik & teknikal. Album ini kemunculan pertama kali bekas gitaris Sodom Frank Blackfire. Beliau bersama2 dengan frontman Mille Petrozza membentuk antara gandingan gitar terbaik dalam sejarah Thrash.

Walaupun album ini sangat brutal, ianya juga agak melodik. Dengarkan intro lagu 'The Sun Burns Red'.. Fuhh.. 'Terror Zone' & Twisted Urges'. Album yang terkandung beberapa lagu Thrash terhebat yang pernah dihasilkan.

Album terbaik 90an?..Boleh jadi. Pendapat sy album ini antara yang terbaik dari mereka. Sangat dicadangkan untuk peminat metal. Anda tidak akan menyesal menambah album sebagus ini ke dalam koleksi. Pembelian yang sangat2 berbaloi... Hail Kreator!!! Bagus!!!

*Album terakhir mereka untuk genre Thrash Metal. Selepas album ini mereka bereksperimen dengan genre muzik berbeza*


Tuesday, March 17, 2020

Iron Maiden - Purgatory (Maiden Japan) -

EP live rilis Sep 1981. Maiden Japan juga dikenali sebagai Heavy Metal Army. Tajuk EP ini seperti live Deep Purple 'Deep Purple Made In Japan'. EP ini adalah rilisan ke 3 untuk 'First Ten Years' Collection. 10 EP dari 20 single mereka selepas sedekad ditubuhkan.

EP yang bagus dengan vokalis asal Paul Di'anno. Kalau dapat versi full live ni kan best.... Up The Iron!!!!


Saturday, March 14, 2020

Hammerfall - Dominion -

Album ke 11 rilis Ogos 2019. Sejak penubuhannya pada tahun 1993 Hammerfall berjuang untuk meneruskan warisan Heavy Metal 80an. Jika dinilai keseluruhan album, anda tidak menyangka lineup mendekati umur 50 tahun. Vokal Joachim Cons yang tajam & power. Riff & solo dari gitaris Oscar Dronjak (suka tengok gitar mamat ni) & Pontus Norgren serta dentuman bass Fredrik Larsson menguatkan seksyen irama dalam band. Di bawah gaya lasak ini, drum dikendalikan oleh ahli terbaru David Wallin yang menyertai band pada tahun 2014.

Dominion memancarkan lebih banyak tenaga & semangat daripada gabungan 3 album sebelumnya. Dengarkan lagu "Bloodline" & Scars Of A Generation" yang kedengaran seperti lagu dalam album awal. Lineup mengambil pendekatan jauh lebih santai untuk penulisan lagu daripada terburu2 mengejar dateline menyiapkan album.

Album ini adalah apa yang peminat harapkan daripada mereka. Sama ada penggemar lama atau pendengar baru, hasil daripada mendengar album ini akan sama... Keinginan untuk mengambil apa sahaja & menakluk Dunia... Powerrr!!!!!



Tuesday, March 10, 2020

S. A. D. O - Shout! -

Debut album rilis tahun 1984. Berasal dari Jerman & bermain Heavy/Glam Metal. Band yang agak ganjil pada masa itu. Sebagai Salah satu band terawal menandatangani kontrak dengan Noise Records pada awal 80an, mereka mempunyai sedikit persamaan dengan band yang berada dalam Noise iaitu Helloween & Running Wild. Muzik SADO terdengar seakan2 seperti campuran Def Leppard & AcDc. Ada yang mencemuh band ini kerana memasukkan unsur sex ke dalam lagu2 mereka... Pada sy boleh tahan...

Friday, March 6, 2020

Y & T - Ten -

Album ke 9 rilis tahun 1990. Band ini juga dikenali sebagai Yesterday & Today. Album yang paling sukar selepas berada lama dalam industri. Banyak unsur yang membuatkan album ini bagus. 'Don't Be Afraid of The Dark' lagu melodik rock yang baik dengan korus mantap. Lagu ini menjadi single pertama dari album ini.

Y&T jarang mengecewakan dalam menghasilkan lagu2 yang berkualiti. Itu juga sebab menjadi satu kebanggaan menjadi peminat mereka. Kepada peminat yang masih berkira2 dengan album ini.. Dapatkan & dengar album yang akan menghantui diri anda... Bagus!!!

*Cover album yang agak 'Seksi'... Awww... Dah macam poster*...



Tuesday, March 3, 2020

Realm - Endless War -

Debut album rilis tahun 1988. Mereka adalah underrated teknikal Thrash band dengan beberapa elemen Progresif dari Wisconsin USA. Lagu yg pantas. Selepas beberapa demo Roadrunner/Roadracer tertarik dengan persembahan dan terus menandatangani mereka. Selepas mengeluarkan 2 album (1988 & 1990) tahun berikutnya mereka telah menyiapkan album ke 3 tetapi hingga ke hari ini ianya masih belum di keluarkan.

Album ini contoh terbaik yang menjadikan Realm band Progresif. Riff melodik di tambah vokal Mark Antoni yang histeria. Salah satu album 80an Speed/Thrash Metal klasik.. Padu!!!

*1 lagu cover The Beatles 'Eleanor Rigby*