Wednesday, February 27, 2019

Black Sabbath - TYR -

Album ke 15 rilis Ogos 1990. Dari tahun 80an lineup Black Sabbath selalu berubah & telah bervariasi  dr album ke album sejak 1978 melalui album "Never Day Die". Tetapi itu semua tidak menghentikan  Tony Iommi (satu2nya original lineup) utk membuat muzik yg baik. Dua album Black Sabbath bersama vokalis Tony Martin mirip dgn TYR. Utk album ini mereka telah membuat album konsep. Ke'Kristianan' msh merupakan subjek penting dlm Sabbath. Mereka juga menambah tema dr Mitologi Norse ke Soup. Pada masa TYR direkodkan Tony Martin telah menemui rentak dlm Black Sabbath & dipuji sebagai lineup yg plg menarik. Keupayaan beliau utk menyamai serangan metal Sabbath pada TYR menunjukkan paparan bakat hebat & kebesaran dlm suaranya. Prestasi drum Cozy Powell jauh lbh teknikal & mahir daripada debut beliau bersama Sabbath utk album "Headless Cross". TYR mengeluarkan kemahiran & menunjukkan prestasi terbaik beliau semasa hayat yg pendek bersama Black Sabbath.

Selepas  "Eternal Idol" & "Headless Cross" band ini membawa kita beberapa lagu dlm gaya Birmingham yg murni. Terdapat peminat yg lbh suka zaman mereka bersama Ozzy terutamanya dgn pembangunan Heavy Metal yg meletakkan  asas bunyi doom, itu benar kerana anda tidak dpt memahami mereka tanpa menghargai permulaan mereka. Sy suka semua zaman terutama Dio & Tony Martin. TYR adalah salah satu album paling unik dlm katalog Black Sabbath disebabkan album konsep tunggalnya. Titik pusat utama lirik disini ialah konsep & cerita Mitos Norse. Lagu seperti "Odin Court" & "Valhalla" memberikan rujukan kuat kepada tuhan2 Mitologi seperi Odin & Thor sambil mengekalkan garis cerita yg stabil nengenai keyakinan Norse.

TYR adalah tanpa ragu2 salah satu album terbaik Black Sabbath yg pernah dibuat. Sekiranya anda mempunyai sedikit minat dlm fasa Black Sabbath dgn Tony Martin anda perlu mendapatkan album ini. Jika anda x kenal dgn Tony Martin atau semasa dia dlm Sabbath ini adalah tempat  yg bagus utk bermula.

*BEST*



2 comments: