Sunday, April 7, 2019

Battlezone - Fighting Back -

Album pertama dr British Heavy Metal band Battlezone dgn bekas penyanyi Iron Maiden Paul Di'Anno. Rilis pada tahun 1986. Di'Anno meneruskan sound agresif NWOBHM yg dicipta bersama Maiden dlm album ini. Lagu seperti 'Warchild' & epik 'The Land God Gave To Cain' adalah antara lagu2 Heavy Metal terbaik yg dibuat oleh Di'Anno.

Di'Anno adalah seorang vokalis yg sgt hebat. Jika anda melihat selain semasa penglibatan beliau menjadi vokalis Maiden anda akan mendapati diskografinya memaparkan pelbagai kemahiran menulis juga dlm nyanyian. Beliau seorang vokalis yg lbh kejam & kasar. Gayanya merentasi antara Metal, Punk & pelbagai subgenre rock keras yg muncul sejak Metal menjadi popular sejak bertahun2 lalu.

Album ini memberi bukti mengapa ramai peminat meminati nyanyian Di'Anno ketika bersama Maiden. Semua lagu Killer No Filler. Sgt disarankan kepada peminat Heavy Metal 80an. Memang best!!!

*REKOMENDED*



No comments:

Post a Comment