Friday, January 31, 2020

Sodom - In The Sign Of Evil -

Ep pertama rilis Feb 1985. Dianggap sebagai sebahagian daripada gelombang awal Black Metal. Pada pendapat sy ini salah Satu Ep terhebat yang pernah dikeluarkan. Semua campuran ada kelajuan, kegelapan, kejahatan & lirik hebat. Vokal Tom sangat mengagumkan. Pengeluaran album yang sangat raw menambah sisi gelap album. Tetapi ianya tidak  mencapai status klasik album 'Agent Orange', 'Persescution Mania' atau 'Tapping The Vein'.

Jika baru berjinak2 dengan muzik mereka Ep ini memang permulaan yang baik. Ep ini & 'Obsesed By Cruelty' membawa sy untuk mendalami & meminati mereka. Kepada peminat yang ingin menikmati metal sebenar yang Akan merobek jiwa anda.. Dapatkan album ini & segera putarkan.... Aargghhh!!! Best!!!

*Abg Tom rambut pendek tu*


Monday, January 27, 2020

Suicidal Angels - Years Of Aggression -

Album ke 7 rilis Ogos 2019. Berasal dari Greece & bermain Thrash Metal. Menjadi lebih matang, menggabungkan gaya dari Kreator & Slayer. Daripada kebanjiran band yang muncul sejak 10 tahun yang lalu, mereka salah satu yang terbaik. Cover album direka oleh Ed Repka (cunkan?). Berbagai gaya muzik terkandung dalam album ini.

Peminat Kreator, Exodus, Slayer, Megadeth & Metallica pasti akan menyukai album ini seperti sy. Apa yang diperlukan kuatkan volume radio anda & nikmati album Thrash yang sangat padu. Album hebat untuk peminat Thrash. Tidak syak lagi calon untuk album terbaik tahunan.... Resspekk!!!


Friday, January 24, 2020

Morgana Lefay - The Secret Doctrine -

Album ke 3 rilis tahun 1993. Kumpulan Power/Thrash Metal berasal Dari Sweden. Mereka menggabungkan muzik Thrash & Power Metal untuk sound yang keras. Dipengaruhi kuasa besar 80 & awal 90an seperti Metallica & Pantera. Riff & fast solo serta vokal agresif adalah trademark mereka. Mereka telah mencapai kejayaan dalam komuniti bawah tanah.

Suara vokalis Charles Rytkonen tanpa keraguan adalah aset terkuat kumpulan ini. Beliau memiliki suara yang tidak boleh dinafikan dalam scene metal, menggabungkan kuasa, melodi & bakat untuk menjadi yang unik. 13 lagu dalam album ini yang bagi sy agak panjang. Kombinasi yang mantap kerana walaupun tidak menggunakan banyak melodi konvensional, ianya tidak terdengar melampau & masih sangat metalik... Bagus!!!!


Monday, January 20, 2020

Hexx - Morbid Reality -

Album studio ke 3 & terakhir rilis tahun 1991. Mereka berasal dari California Usa. Dikenali kerana penerokaan muzik dalam metal scene. Menukar stail dalam muzik yang mereka mainkan. Bermula sebagai band NWOBHM kemudian bertukar ke Thrash Metal. Untuk album ini terdapat pengaruh Thrash dengan vokal growl. Sy tidak pasti jika ada yang melabelkannya Death Metal kerana genre itu sy belum hadam.. (Maaf)..

Album ini menandakan Hexx dari band Speed/Power Metal Usa ke Thrash/Death Metal yang kejam & teknikal. Album menarik yang berjaya memenangi ramai peminat2 baru. Dari segi kerumitan & teknik muzik, tidak syak lagi ini album terbaik mereka... Mannttoobbb!!!


Friday, January 17, 2020

220 Volt - PowerGames -

Album ke 2 rilis tahun 1984. Berasal dari Sweden & bermain Traditional Heavy Metal/Hard Rock. Versi melodi dari gaya NWOBHM. Mereka merupakan salah satu band heavy metal terkemuka di Sweden. Ditubuhkan pada tahun 1979 oleh gitaris Thomas Drevin & Mats Karlsson. Tahun yang sama band senegara 'Europe' ditubuhkan. Dengan album ini mereka menjadi antara band penting di Eropah dalam scene metal bersama2 band seperti Accept, Iron Maiden & Judas Priest.

220 Volt tidak pernah benar2 menakluki dunia muzik seperti apa yang Europe lakukan. Tetapi jika anda peminat metal awal dari Sweden atau melodik NWOBHM, anda pasti menyukai album ini.. Tidak syak lagi album klasik heavy metal 80an...klasikk!!!


Monday, January 13, 2020

Artillery - Terror Squad -

Album kedua rilis tahun 1987. Band dari Denmark yang bermain teknikal Thrash Metal. Salah satu band metal utama 80an. Dikenali dengan riff2 intensif & suara vokalis Flemming Ronsdorf. Album ini dianggap sebagai album terbaik mereka.

Kerja2 gitar yang baik. Album ini menandakan peringkat kematangan band hebat ini. Headbanging tanpa henti. Album yang sepatutnya ada jika anda berminat dengan Thrash Metal. Terbaikk!!!



Friday, January 10, 2020

Toranaga - God's Gift -

Album kedua rilis pada tahun 1990. Mereka berasal dari Bredford England & bermain muzik Thrash/Power Metal. Umumnya Toranaga adalah hasil daripada bagaimana British Metal berkembang sepanjang 80an. Semua lagu mempunyai tema gelap & gothic. Lagu seperti "Hammer To The Skull", "Black is The Mask" & "Sword of Damocles" memberitahu peminat betapa bagusnya mereka.

Walaupun God's Gift tidak cukup pantas untuk dianggap Thrash, ianya menerima ulasan yang menggembirakan dari penyokong Thrash dalam penerbitan metal underground yang memberi respon positif kepada mereka. Tetapi mendapat ulasan yang baik saja tidak cukup kerana album ini tidak mendapat promosi yang sepatutnya. Mungkin disebabkan label tidak menyokong. Tidak syak lagi album yang klasik UK Thrash... Best!!!!


Monday, January 6, 2020

Havoc - The Grip -

Satu2nya studio album dari mereka rilis tahun 1986. Berasal dari San Francisco Usa. Bermain Power/Thrash Metal. Jangan terkeliru dengan band Thrash 'Havok'. Walaupun telah lebih 30 tahun tapi muzik & lagu2 mereka masih segar didengar. Cover menarik & lagu hebat... Apa lagi yang peminat mahu?.... Mannttoobbbb!!!!


Friday, January 3, 2020

Razor - Violent Restitution -

Album ke 5 rilis tahun 1988. Mereka berasal dari Ontario Canada & bermain Speed & Thrash Metal. Diiktiraf sebagai perintis untuk Thrash Metal Canada & dirujuk sebagai salah satu dari "Big 4" Thrash Metal Canada bersama2 dengan Sacrifice, Voivod & Annihilator. Album ini yang terakhir menampilkan vokalis asal Stace "Sheepdog" Mclaren yang keluar kerana konflik dalam band. Beliau seorang vokalis underrated dalam scene Thrash. Sebaik saja mendengar album ini perkara pertama yang didengar ialah jeritan panjang beliau untuk lagu instrumental "The Marshall Arts") (Gile panjang nyaring lak tu). Suara hight pitch beliau disamakan dengan Tom Araya (Slayer) & Cronos (Venom).

Jika anda suka underground & underrated Thrash sudah semestinya album ini untuk anda. Dengan riff yang tidak berperikemanusiaan & vokalis berbakat, Razor membuktikan mengapa tahun 1988 bukan tahun yang buruk untuk Thrash seperti sesetengah orang fikirkan. Album ini tidak akan mengecewakan penggemar Thrash... Power!!!



*Album ini didedikasikan untuk pelakon Charles Bronson*