Razor - Violent Restitution -
Album ke 5 rilis tahun 1988. Mereka berasal dari Ontario Canada & bermain Speed & Thrash Metal. Diiktiraf sebagai perintis untuk Thrash Metal Canada & dirujuk sebagai salah satu dari "Big 4" Thrash Metal Canada bersama2 dengan Sacrifice, Voivod & Annihilator. Album ini yang terakhir menampilkan vokalis asal Stace "Sheepdog" Mclaren yang keluar kerana konflik dalam band. Beliau seorang vokalis underrated dalam scene Thrash. Sebaik saja mendengar album ini perkara pertama yang didengar ialah jeritan panjang beliau untuk lagu instrumental "The Marshall Arts") (Gile panjang nyaring lak tu). Suara hight pitch beliau disamakan dengan Tom Araya (Slayer) & Cronos (Venom).
Jika anda suka underground & underrated Thrash sudah semestinya album ini untuk anda. Dengan riff yang tidak berperikemanusiaan & vokalis berbakat, Razor membuktikan mengapa tahun 1988 bukan tahun yang buruk untuk Thrash seperti sesetengah orang fikirkan. Album ini tidak akan mengecewakan penggemar Thrash... Power!!!
*Album ini didedikasikan untuk pelakon Charles Bronson*
No comments:
Post a Comment