Saturday, June 29, 2019

Motley Crue - Dr. Feelgood (20th Anniversary Expanded Edition). -

Album ke 5 rilis Sep 1989. Antara album glam rock/metal yg plg laris jualan dlm sejarah muzik dunia. Apabila sudah ada 4 album yg berjaya & mendapat pengiktirafan memang sukar utk mengekalkan buat kali ke 5 secara berturut2. Tetapi Motley Crue berjaya mengekalkan semua itu dgn menawarkan kepada scene glam karya masterpiece selepas album "Girls, Girls Girls" yg hebat.

Utk album ini Motley Crue berjaya menghasilkan pengeluaran album terbaik. Semuanya kedengaran bagus & setiap instrumen dpt didengar dgn jelas. Kerja gitar sgt2 hebat. Dr. Fellgood No. 1 di carta album Billboard &  album ini terjual lebih 6 juta copy di USA. Album ini juga memenangi album Hard Rock/ Heavy Metal terbaik pada anugerah muzik USA 1991 & lagu "Dr. Fellgood" & "Kickstart My Heart" dinamakan utk anugerah Grammy - Best Hard Rock Performance 1990...Terrbbaaaiikkk!!!

Sikit info : - Kerana produksi album ini telah menarik minat Lars Ulrich (Metallica) menggunakan khidmat Bob Rock utk album Metallica (Black) sebagai penerbit.
- Perbalahan dgn Guns 'N' Roses. Mereka mendakwa GNR tiru imej mereka.
- Perbalahan dgn Poison. Mereka tak puas hati lagu Poison meletop.
- Sempena 20th Anniversary album ini, mereka menyanyikan kesemua lagu dr album ini dlm 1 konsert live.


Tuesday, June 25, 2019

Accept - Metal Heart -

Album ke 6 rilis Mac 1985. Accept berkemungkinan adalah band Jerman Heavy Metal yg plg berjaya. Mereka bkn sahaja memainkan peranan yg sgt besar dlm scene Heavy Metal Jerman tetapi juga dlm scene Speed Metal disana.. Resspeekk!!!.. Selepas mencapai kejayaan arus perdana pada tahun 1982 utk album "Restless And Wild" dan album terlaris mereka "Ball To The Walls" setahun selepas itu, mereka memberi harapan & jangkaan yg tinggi utk album ini. Dlm album ini mereka cuba meneroka lbh jauh ke dlm senario muzik USA dgn lagu2 yg lbh melodi & menarik. Walaupun mereka gagal mencapainya album ini adalah salah satu album terbaik yg pernah mereka keluarkan.

Pengeluaran album ini luarbiasa. Ini adalah album pertama Accept direkodkan secara digital. Sy rasa Metal Heart adalah salah satu album terbaik yg dikeluarkan pada 80an. Album ini dgn mudah blh menjadi pintu masuk seseorang ke dlm muzik Heavy Metal. All killer No filler!!!!... Mantob album....


Friday, June 21, 2019

Cinderella - Still Climbing -

Album studio ke 4 & terakhir rilis Nov 1994. Lebih bnyk bunyi blues - rock mengikut arah album sblm ni 'Heartbreak Station'. Pengeluaran album ini ditangguhkan agak lama kerana Tour Heartbreak Station & juga kerana kehilangan suara Tom Keifer (Vokalis & gitaris Cinderella) pada tahun 1991. Walaupun ketiga2 album Cinderella sblm album ini mendapat anugerah Platinum dominasi muzik grunge & alternatif pada pertengahan 90an begitu kuat hingga Still Climbing berada di kedudukan yg rendah dlm carta.

Selepas bnyk kesukaran Cinderella kembali dgn album yg bagus. Cover album cantik. Album ini adalah album hard rock dgn pengaruh blues yg baik. Sayang album sebagus ini tidak mendapat perhatian. Best!!!


Monday, June 17, 2019

Soltice - Self Title -

Mereka adalah band Extreme Metal dr Miami Florida Usa. Album ini adalah album studio pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Mereka bukan band Thrash /Death Metal terkenal tetapi berjaya mengeluarkan 2 album sblm berpecah. (Reunion kembali pada 2009 & mengeluarkan album 'To Dust')

Utk band yg tiada pengalaman lineup band ini sgt mengagumkan. Riff gitar keseluruhan sgt fantastik!!!... Peralihan dr pantas ke teknikal hingga ke groovy sgt2 menyakinkan. Sgt2 disyorkan utk peminat Metal.. Rekomended!!!!



Tuesday, June 11, 2019

Bad Company - Straight Shooter -

Album kedua rilis April 1975. Mencapai No. 3 carta album UK & Billboard US 200. Sebelum pembentukan Bad Company setiap anggota berjaya dgn band masing2. Vokalis utama Paul Rodgers & drummer Simon Kirke dr band Free, gitaris Mick Ralphs dr band Mott The Hoople & bassist Boz Burrel dr King Crimson. Diuruskan oleh pengurus Led Zeppelin Peter Grant mereka mengeluarkan album pertama pada tagun 1974 yg mendapat pengiktirafan & kejayaan komersial.

Hanya 3 bulan selepas album pertama keluar mereka mula merakam album susulan di sebuah istana terpencil di England. Album kedua ini menambah bnyk variasi dgn penambahan gitar akustik & keyboards. Bad Company menjadi salah satu band plg lagenda dlm muzik rock. 2 album pertama mereka adalah klasik... Best!!!


Thursday, June 6, 2019

Deep Purple - Come Taste The Band - Japan Press With Obi.

Album ke 10 rilis Oktober 1975. Album yg berbeza tanpa Ritchie Blackmore memimpin. Selepas RB keluar dan menubuhkan Rainbow kebanyakan peminat menganggap ini akan menjadi penghujung utk band ini. Tapi terima kasih kepada David Coverdale yg meminta Jon Lord meneruskan aktiviti band. Tommy Bolin dipanggil utk menggantikan RB sebagai gitaris (album ini satu2nya album studio Bolin bersama DP). Hasilnya adalah album yg baik. Walaupun menjadi persembahan hebat dr mereka, ini adalah salah satu album yg plg underrated bkn hanya dlm sejarah DP tapi juga dlm sejarah rock.

Album ini menunjukkan DP blh hidup tanpa RB dan membuat album yg sgt baik. Secara teknikal sgt hebat kebanyakan riff & solo tidak sempurna tapi bagus utk didengar. Hard rock sepanjang masa perjalanan album, persembahan baik dr Bolin. Ian Paice & Jon Lord juga di kemuncak persembahan mereka. Lirik lagu dr Coverdale memberi sentuhan peribadi & beberapa lagu bercakap tentang cinta seperti lagu "Lady Luck" & "i Need Love". DP membuat kombinasi yg sgt baik menggabungkan lagu hard rock & cinta yg berkaitan tanpa menjadi lembut disamping mengekalkan gaya rock sebagai keutamaan.

Suara Coverdale sgt sempurna dlm album. Semua track mempunyai melodi & irama yg hebat, permainan gitar mantap, solid keyboard, bahagian drum hebat dan bass luar biasa. Bkn sahaja Coverdale menyanyi tetapi Hughes & Bolin meminjamkan suara mereka dlm beberapa lagu utk album ini. Satu lg ciri hebat adalah album ini sgt singkat, tak sampai 40 minit. Jika ada lagu yg terlalu lama akan membosankan tapi tidak berlaku utk album ini.

Band ini mempunyai keupayaan menjaga produksi seluruh album dgn persembahan hebat. Mencampurkan gaya romantis & melodi hard rock dlm setiap lagu yg mengandungi elemen Deep Purple yg betul.

Come Taste The Band pada pendapat sy adalah Collctor's item. Bukanlah masterpiece tetapi album yg solid tanpa Blackmore, Glover & Gillan. Ini adalah salah satu album yg sgt underrated dlm sejarah rock. Terasa malu bahawa album berkualiti seperti ini dipinggirkan & diketepikan pada masa kini.


Saturday, June 1, 2019

Ratt - Dancing Undercover - (Collector's Edition Remastered & Reloaded).

Album ke 3 rilis Ogos 1986. Album ini mendapat kritikan dr peminat tetapi terjual lebih 1 juta unit di USA. Mereka mengeluarkan album selama 3 tahun berturut-turut. Album ini dgn mudah menjadi salah satu daripada album yg plg dilupakan dlm dekad ini.

Ratt seperti mesin pada awal/pertengahan tahun 80-an. Mereka mengeluarkan album yg bagus selepas album yg bagus. Tetapi tidak mencapai puncak seperti Poison atau Bon Jovi. Lagu2 dlm ini semuanya adalah Hard Rock. Tiada balada. Fav sy ialah lagu "Dance", "Slip Of The Lip", "Body Talk", dan "One Good Lover".

Album ini sepatutnya ada dlm koleksi peminat2 Melodic Rock. Tidak ada sebab utk tidak menyukai jenama Hard Rock/Heavy Metal yg dimainkan mereka. Selepas pendengaran beberapa kali anda pasti tertanya2 mengapa mereka ini tidak pernah menjadi kumpulan terbesar tahun 80-an.

Best!!

*Cover mcm sama lak mcm 1 band dr Malaysia*