Saturday, June 29, 2019

Motley Crue - Dr. Feelgood (20th Anniversary Expanded Edition). -

Album ke 5 rilis Sep 1989. Antara album glam rock/metal yg plg laris jualan dlm sejarah muzik dunia. Apabila sudah ada 4 album yg berjaya & mendapat pengiktirafan memang sukar utk mengekalkan buat kali ke 5 secara berturut2. Tetapi Motley Crue berjaya mengekalkan semua itu dgn menawarkan kepada scene glam karya masterpiece selepas album "Girls, Girls Girls" yg hebat.

Utk album ini Motley Crue berjaya menghasilkan pengeluaran album terbaik. Semuanya kedengaran bagus & setiap instrumen dpt didengar dgn jelas. Kerja gitar sgt2 hebat. Dr. Fellgood No. 1 di carta album Billboard &  album ini terjual lebih 6 juta copy di USA. Album ini juga memenangi album Hard Rock/ Heavy Metal terbaik pada anugerah muzik USA 1991 & lagu "Dr. Fellgood" & "Kickstart My Heart" dinamakan utk anugerah Grammy - Best Hard Rock Performance 1990...Terrbbaaaiikkk!!!

Sikit info : - Kerana produksi album ini telah menarik minat Lars Ulrich (Metallica) menggunakan khidmat Bob Rock utk album Metallica (Black) sebagai penerbit.
- Perbalahan dgn Guns 'N' Roses. Mereka mendakwa GNR tiru imej mereka.
- Perbalahan dgn Poison. Mereka tak puas hati lagu Poison meletop.
- Sempena 20th Anniversary album ini, mereka menyanyikan kesemua lagu dr album ini dlm 1 konsert live.


No comments:

Post a Comment