Thursday, June 6, 2019

Deep Purple - Come Taste The Band - Japan Press With Obi.

Album ke 10 rilis Oktober 1975. Album yg berbeza tanpa Ritchie Blackmore memimpin. Selepas RB keluar dan menubuhkan Rainbow kebanyakan peminat menganggap ini akan menjadi penghujung utk band ini. Tapi terima kasih kepada David Coverdale yg meminta Jon Lord meneruskan aktiviti band. Tommy Bolin dipanggil utk menggantikan RB sebagai gitaris (album ini satu2nya album studio Bolin bersama DP). Hasilnya adalah album yg baik. Walaupun menjadi persembahan hebat dr mereka, ini adalah salah satu album yg plg underrated bkn hanya dlm sejarah DP tapi juga dlm sejarah rock.

Album ini menunjukkan DP blh hidup tanpa RB dan membuat album yg sgt baik. Secara teknikal sgt hebat kebanyakan riff & solo tidak sempurna tapi bagus utk didengar. Hard rock sepanjang masa perjalanan album, persembahan baik dr Bolin. Ian Paice & Jon Lord juga di kemuncak persembahan mereka. Lirik lagu dr Coverdale memberi sentuhan peribadi & beberapa lagu bercakap tentang cinta seperti lagu "Lady Luck" & "i Need Love". DP membuat kombinasi yg sgt baik menggabungkan lagu hard rock & cinta yg berkaitan tanpa menjadi lembut disamping mengekalkan gaya rock sebagai keutamaan.

Suara Coverdale sgt sempurna dlm album. Semua track mempunyai melodi & irama yg hebat, permainan gitar mantap, solid keyboard, bahagian drum hebat dan bass luar biasa. Bkn sahaja Coverdale menyanyi tetapi Hughes & Bolin meminjamkan suara mereka dlm beberapa lagu utk album ini. Satu lg ciri hebat adalah album ini sgt singkat, tak sampai 40 minit. Jika ada lagu yg terlalu lama akan membosankan tapi tidak berlaku utk album ini.

Band ini mempunyai keupayaan menjaga produksi seluruh album dgn persembahan hebat. Mencampurkan gaya romantis & melodi hard rock dlm setiap lagu yg mengandungi elemen Deep Purple yg betul.

Come Taste The Band pada pendapat sy adalah Collctor's item. Bukanlah masterpiece tetapi album yg solid tanpa Blackmore, Glover & Gillan. Ini adalah salah satu album yg sgt underrated dlm sejarah rock. Terasa malu bahawa album berkualiti seperti ini dipinggirkan & diketepikan pada masa kini.


2 comments: