Wednesday, July 31, 2019

Manowar - The Final Battle 1 (EP 4 Lagu) - **Maaf cover agak seksi**

EP 4 lagu rilis Mac 2019. EP ini yg pertama dr 3 EP yg akan dikeluarkan pada tahun ini. Dikeluarkan oleh Magic Circle Entertaintment (Joey Demaio - Pemain bass & pencipta lagu2 Manowar adalah pengasas & CEO Magic Circle Music).

The Final Battle 1 adalah EP yg sgt baik. Peminat2 setia Manowar sy pasti mereka akan sgt2 gembira dgn EP ini. Highlight utama sudah tentu suara vokalis Eric Adams yg usianya 67 tahun ini (Ressspppeekkk!!!!). Jika EP ini adalah album terakhir mereka sy berpuas hati. Terrbbaaiikkk!!!!

*Gitaris EP ini adalah E. V. Martel selepas gitaris sebelum ini Karl Logan disingkirkan dr band kerana didakwa atas kesalahan pornografi kanak2*.



Monday, July 29, 2019

Bad Company - Self Title -

Debut album rilis Jun 1974. Bad Company adalah salah satu supergroup terbesar dlm sejarah dunia muzik & album ini salah satu album Hard Rock terbaik juga debut album terbaik antara bnyk band seangkatan (Setuju!!!). Album ini juga merupakan album terhebat dlm kesemua album mereka.

Bad Company adalah hasil kerja sama dari frontman Free Paul Rodgers yg sgt berbakat (Beliau di iktiraf sebagai antara vokalis terbaik muzik rock. Album ini mencapai No. 1 di Billboard 200 di USA & No.3 di carta album UK. Album ini juga dianugerahkan Platinum sebanyak 5 kali di USA  & menjadi album ke 46 paling laris jualan pada tahun 70an.... Fuh.. Ressppeekkk!!!



Friday, July 26, 2019

Holy Moses - Queen Of Siam -

Debut album rilis May 1986. Mereka terkenal kerana dipimpin oleh Sabina Classen & menjadi salah satu band Thrash Metal terawal di Jerman. Album ini dijual dgn sgt baik. Semua org yg membeli album ini berpuas hati dgn kualiti lagu2 seperti "Roadcrew", "Walpurgisnight", & "Queen Of Siam".

Walaupun album ini penuh dgn lagu2 Speed/Thrash Metal hebat, suara Sabina yg mendapat perhatian. Tahun 1986 tak ramai vokalis lelaki "menyanyi" sebegitu. Tidak dpt dibayangkan seorang wanita menyanyi seperti itu (mula2 dgr ingatkan lelaki vokalis). Nyanyian beliau juga merupakan sebab mengapa album ini layak menjadi salah satu album Death Metal terawal.

Selepas album ini Holy Moses akan terus bermain lebih teknikal, manakala gitaris utama Andy Classen menjadi producer plg top utk band2 Death & Black Metal.. Terbaikk!!!

*Lagu "Queen Of Siam" yg juga tajuk album dicipta & ditujukan kepada awek bassist band ini Ramon yg berada di Thailand (Siam).


Monday, July 22, 2019

Violent Force - Malevolent Assault Of Tomorrow -

Album penuh pertama slps beberapa demo rilis Nov 1987. Jerman ada bnyk band Thrash Metal yg baik ditahun 80an seperti Kreator, Destruction & Sodom. Termasuk juga band2 yg kurang popular tapi hebat seperti Deathrow, Mekong Delta & Holy Moses. Tetapi terdapat satu band Thrash dr Jerman 80an yg nmpk menarik perhatian sy. Mereka ialah "Violent Force" dan sy melihat nama band dgn tajuk album yg panjang seterusnya sy memutuskan utk mendapatkan album ini tanpa mengharapkan apa2. Selepas beberapa kali pendengaran sy amat2 terkejut betapa baik & bagusnya album ini.

Lagu 1st track "Dead City" mengandungi bass line menarik. Kelajuannya pertengahan tempo tapi msh terasa agresif. Lagu track ke 5 "What About The Time After" adalah instrumental mengingatkan pada era "Show No Mercy Slayer". Keseluruhan album adalah Fast Jerman Thrash Metal dgn pengeluaran yg menarik.

Ini adalah album Thrash Metal yg sgt baik. Sy cadangkan kepada mana2 peminat muzik ini. Lagu2 dlm album sgt mudah di ingati yg membuatkan anda berpuas hati. Karisma & tenaga yg diberikan oleh band dlm album ini memberi anda perasaan yg hebat. Rekomended!!!!

Lineup : Stachel - Gitar
               Waldi - Bass
               Hille - Drum
               Lemmy - (Bukan Lemmy Motorhead) - 
               Vokal & Gitar.



Sunday, July 21, 2019

Alice Cooper - Trash -

Album studio ke 18 rilis Julai 1989. 1988 adalah tahun yg tak begitu baik utk beliau. Dimana penyalahgunaan alkohol hampir menghancurkan kerjayanya. The 'Shock King' gelaran yg diberi oleh org ramai kepadanya hampir kehilangan segalanya & beliau terus dipinggirkan oleh golongan muda. Jadi apakah yg perlu dibuat?... Satu2nya perkara yg mungkin beliau perlu lakukan ialah perlu menghidupkan kembali kariernya.

Utk sebab itu beliau bekerjasama dgn penerbit terkenal Desmond Child. Mereka mencuba sound 80an rock yg diperbaharui & hasilnya album yg sgt baik. Pemenang utama adalah lagu2 dlm album ini & single yg terkenal 'Poison'. Trash mempunyai semua ciri2 album rock yg hebat. Jika berpeluang dptkan album ini. Antara cd yg selalu sy dgr sekarang. Best!!!


Wednesday, July 17, 2019

Deep Purple - Stormbringer (Japan Press With Obi) -.

Album ke 9 rilis Nov 1974. Keluar tak lama selepas album 'Burn' yg hebat. Walaupun mempunyai ciri2 yg sama dgn album sebelumnya menjadikan hard rock yg diselitkan dgn blues & elemen funk, album ini sering dianggap album yg mengecewakan dikalangan peminat. Malah Ritchie Blackmore anggota plg lama & plg penting dlm band kehilangan kepercayaan dlm muzik & seterusnya keluar dr DP. Beliau kemudian menubuhkan Rainbow yg menampilkan Ronnie James Dio pada zaman kegemilangan band tersebut.

Album ini adalah salah satu album terbaik DP. Glen Hughes & David Coverdale turut sama menyanyi lagu2 dlm album ini. Anda juga blh mendengar sound gitar terbaik RB antara terbaik semasa berada bersama DP. Satu lg ciri istimewa yg ada dlm album ini dgn adanya lagu "Soldier Of Fortune". Lagu wajib utk mat2 rock belajar gitar. Lagu klasik yg susah nk tgk mereka bawak versi live...


**Khas utk die hard RB**

Sunday, July 14, 2019

Diamond Head - Lightning To The Nations -

Debut album rilis Oktober 1980. Album ini juga dikenali sebagai "White Album" yg menampilkan 7 track bonus dr single dan Ep pada masa itu. Salah satu album terbaik dlm pergerakan NWOBHM.

Album ini diwarnai dgn kerja2 gitar hebat oleh Brian Tatler. Dgrkan lagu "Am i Evil". Lagu yg dicover semula oleh Metallica dlm album mereka "Garage Inc". Sekiranya anda suka Traditional Heavy / Power Metal anda semestinya tidak mengabaikan album ini. Mempunyai beberapa saat2 metal momen terbaik yg pernah anda dgr. Peminat2 Thrash juga harus memiliki album ini yg sgt mirip dgn album awal Metallica.. Rekomended!!!

- Lagu "Am i Evil" menjadi lagu penutup semasa konsert Big 4 (Metallica, Megadeth, Slayer, Anthrax) 2011.

Thursday, July 11, 2019

Kiss - Music From The Elder (Japan Press With Obi) -.

Album ke 9 rilis Nov 1981. Kiss adalah salah satu band yg dibenci ramai org dlm scene rock. Tetapi bnyk sebab mengapa Kiss menarik minat sy kepada mereka. Mereka menulis & mencipta lagu2 yg baik & diakui sememangnya mereka pemuzik yg sgt hebat.

Album ini keluar pada masa yg sama Kiss berada dlm masalah. Sebahagiannya kerana 2 album mereka yg berunsurkan pop/disko (Dynasty 1979 & Unmasked 1980) telah mengasingkan peminat asal & gagal menyambung kegemilangan album sebelum itu. Disamping itu pengasas Peter Criss (drummer) telah keluar dr band & lead gitaris Ace Frehley mengancam utk melakukan perkara yg sama.

Oleh itu adakah Music From The Elder album yg teruk? Tidak bg sy sebenarnya apabila dibandingkan dgn album konsep lain pada masa itu album ini tetap amat baik. Sy cadangkan album ini kepada bukan peminat Kiss yg suka dgn album konsep. Sy juga percaya mana2 peminat Kiss harus memiliki album ini sama ada utk menikmatinya. Penampilan terakhir Ace Frehley sehingga album Kiss Unplugged 1996..Best!!!

*Maaf kalau sy bias*


Sunday, July 7, 2019

Uriah Heep - Salisbury (Expanded Deluxe Edition) -

Album ke 2 rilis Feb 1971. Sy sedar kebanyakan org tidak menganggap Uriah Heep sebagai Metal band. Tetapi sy benar2 menikmati muzik mereka. Pengaruh mereka sgt penting pada muzik Heavy Metal yg membuatkan sy mula mendengar muzik mereka.

Lagu2 seperti "High Priestess", "Time To Live" & "Salisbury" adalah contoh hebat kreativiti mereka dan pengaruh yg jelas pada bnyk band rock & metal. Jadi jika anda ingin mendengar kumpulan yg berevolusi & inovatif pada masa itu, lihat album ini dan dapatkan. Dapatkan juga album klasik mereka yg lain seperti "The Magician Birthday" & "Demons And Wizards".. Rekomended!!!


Thursday, July 4, 2019

Metal Church - Self Title -

Debut album rilis Julai 1984. Pada permulaan tahun 80an band dr USA yg dipengaruhi oleh NWOBHM mempunyai 2 pilihan sama ada memainkan muzik Power@Thrash Metal. Tetapi Metal Church mencampurkan kedua2nya & menawarkan kepada peminat2 metal bunyi yg sgt seimbang.

Ini mungkin album mereka yg plg berat. 3 album seterusnya pasti mempunyai keadaan pantas/berat mereka, tetapi jarang mendekati bunyi raw album ini. Lagu2 seperti "Nightmare" & "Battalions" penuh dgn riff gitar pantas dan "Hitman" mempunyai pengaruh Motorhead. Album ini diakhiri dgn lagu cover Deep Purple "Highway Star". Jika tanya kepada sy versi mana yg lbh baik jujur sy tiada jawapan. Sudah tentu kedua2 versi hebat. Genre juga berbeza. Metal Church menjadikan lagu ini lbh gelap, cepat & thrashier. Solo sgt mengasyikkan. Lagu ini selesai dgn drum pendek yg mengakhiri album dgn sempurna.

Album ini sgt terlepas pandang. Pengeluaran yg sgt baik. Sampai sy tak fikir yg album ini dirakamkan pada tahun 1984..hehehh...Dapatkan album ini.. Metal Church tidak akan gagal utk memukau anda!!!.. Best!!!


Monday, July 1, 2019

Twisted Sister - Under The Blade - (Special Edition).

Debut album rilis Sep 1982. Diterbitkan oleh bassist UFO Pete Way menampilkan sound yg sgt kejam & kasar. Album ini membuktikan bahawa mereka blh menjadi sama kuat & berat seperti mana2 band Traditional Heavy Metal awal 80an.

Album ini disokong dgn kekuatan vokal Dee Snider (Jangan Ketawa?).... Suara beliau memberikan rasa ghairah yg mendalam. Ini membuktikan beliau sebaris dgn Rob Halford, Ozzy Osbourne & vokalis Heavy Metal lain pada masa itu. Kebanyakan lagu adalah Speed Metal berkelajuan tinggi. Utk peminat muzik & khas utk penggemar Heavy Metal 80an. Album ini utk anda. Rekomended!!!!

***Cd ni Special Edition yg menampilkan lagu dr EP pertama mereka "Rough Cutts" yg mengandungi demo version lagu "What You Don't Know", "Shoot Em Down", "" Under The Blade", dan Shangi - La's cover "Leader Of The Pack". EP ni dah jd sgt2 rare. Payah nk dpt.

***Gitaris Motorhead "Fast" Eddie Clarke gitaris jemputan dlm album ini utk lagu "Tear It Loose"