Wednesday, July 17, 2019

Deep Purple - Stormbringer (Japan Press With Obi) -.

Album ke 9 rilis Nov 1974. Keluar tak lama selepas album 'Burn' yg hebat. Walaupun mempunyai ciri2 yg sama dgn album sebelumnya menjadikan hard rock yg diselitkan dgn blues & elemen funk, album ini sering dianggap album yg mengecewakan dikalangan peminat. Malah Ritchie Blackmore anggota plg lama & plg penting dlm band kehilangan kepercayaan dlm muzik & seterusnya keluar dr DP. Beliau kemudian menubuhkan Rainbow yg menampilkan Ronnie James Dio pada zaman kegemilangan band tersebut.

Album ini adalah salah satu album terbaik DP. Glen Hughes & David Coverdale turut sama menyanyi lagu2 dlm album ini. Anda juga blh mendengar sound gitar terbaik RB antara terbaik semasa berada bersama DP. Satu lg ciri istimewa yg ada dlm album ini dgn adanya lagu "Soldier Of Fortune". Lagu wajib utk mat2 rock belajar gitar. Lagu klasik yg susah nk tgk mereka bawak versi live...


**Khas utk die hard RB**

No comments:

Post a Comment