Thursday, July 11, 2019

Kiss - Music From The Elder (Japan Press With Obi) -.

Album ke 9 rilis Nov 1981. Kiss adalah salah satu band yg dibenci ramai org dlm scene rock. Tetapi bnyk sebab mengapa Kiss menarik minat sy kepada mereka. Mereka menulis & mencipta lagu2 yg baik & diakui sememangnya mereka pemuzik yg sgt hebat.

Album ini keluar pada masa yg sama Kiss berada dlm masalah. Sebahagiannya kerana 2 album mereka yg berunsurkan pop/disko (Dynasty 1979 & Unmasked 1980) telah mengasingkan peminat asal & gagal menyambung kegemilangan album sebelum itu. Disamping itu pengasas Peter Criss (drummer) telah keluar dr band & lead gitaris Ace Frehley mengancam utk melakukan perkara yg sama.

Oleh itu adakah Music From The Elder album yg teruk? Tidak bg sy sebenarnya apabila dibandingkan dgn album konsep lain pada masa itu album ini tetap amat baik. Sy cadangkan album ini kepada bukan peminat Kiss yg suka dgn album konsep. Sy juga percaya mana2 peminat Kiss harus memiliki album ini sama ada utk menikmatinya. Penampilan terakhir Ace Frehley sehingga album Kiss Unplugged 1996..Best!!!

*Maaf kalau sy bias*


No comments:

Post a Comment