Monday, December 30, 2019

Sacred Reich - Ignorance -

Debut album rilis Oktober 1987. Selepas salah satu demo yang paling laris jualannya untuk genre Thrash Metal (Draining You Of Life) Sacred Reich mengeluarkan album ini yang pada pendapat sy album terbaik mereka. Peminat benar2 merasai intipati sebenar Thrash Metal. Kumpulan ini sentiasa berada pada tahap tertinggi adrenalin & keganasan lagu2 mereka. Riff & solo lagu yang baik. Album ini dengan mudah merupakan salah satu album terbaik yang Metal Blade keluarkan.

Album yang hebat. Dihasilkan dengan muzik & lirik yang pintar. Ini adalah karya Masterpiece sebenar oleh Sacred Reich & mana2 peminat Thrash Metal harus memilikinya... Bagus!!!!!



Sunday, December 29, 2019

Jag Panzer - Ample Destruction -

Debut album rilis pada tahun 1984. Mereka berasal dari Colorado USA & bermain genre Power Metal. Album ini berakar pada New Wave Of British Heavy Metal (NWOBHM) dengan beberapa persamaan seperti Iron Maiden, Judas Priest & Tank. Jag Panzer mengambil semangat NWOBHM & menambah kemahiran sendiri. Riff sangat agresif. Vokal Harry "The Tyrant" sangat besar & kuat. Power Metal Usa mewakili langkah evolusi & reaksi kepada NWOBHM.

Album ini adalah pengalaman mendengar yang tidak dapat dilupakan yang membuatkan sy menghargai semua jenis2 metal. Jika anda belum mendengar, album ini adalah klasik Heavy Metal tulen. Contoh terbaik untuk 80an Power Metal. Walaupun tidak cukup untuk menjadi Speed atau Thrash apa yang mereka keluarkan sangat2 baik. Tidak kira jika ianya dipanggil Us Power Metal atau hanya Heavy Metal. Apa yang penting album ini benar2 bagus... Best!!!


Monday, December 23, 2019

Ritchie Blackmore - Rock Profile Volume One & Two -




Vol 1 rilis tahun 1989. Vol 2 rilis tahun 1991. Selepas mendengar kedua2 album, sy lebih menyukai Connoisseur Collection Vol 2 mengenai kerjaya keseluruhan Ritchie Blackmore. Vol 1 memberi tumpuan terutamanya kepada Blackmore's 60s sesi & kerjayanya dalam Deep Purple dari tahun 1968 hingga 1974. Vol 2 lebih banyak variasi. Meliputi tempoh dari tahun 1975 (pembentukan Rainbow). Beliau di iktiraf oleh Guitar World & Rolling Stone sebagai salah seorang pemain gitar terbesar & paling berpengaruh sepanjang zaman.. Setuju!!!! Long Live atok RB!!.... Best!!!

Friday, December 20, 2019

Exciter - Violence & Force -

Album ke 2 rilis Feb 1984. Exciter sering diabaikan apabila bercakap mengenai muzik metal. Mereka tidak popular, walaupun sentiasa membuat lagu2 berkualiti tinggi sepanjang karier. Tahun 1983 mereka mengeluarkan album debut klasik speed metal 'Heavy Metal Maniac' yang menjadi pengaruh besar dalam perkembangan Thrash. Setahun kemudian mereka mengeluarkan album ini. Keseluruhan album masih mengikut formula yang sama seperti debut album. Dibuka dengan intro solo gitar kemudian di ikuti dengan Hit speed metal.

Lagu2 dalam album ini terbahagi kepada 2 fasa. Pertama adalah raksasa speed metal & yang kedua adalah lagu2 tradisional heavy metal yang perlahan. Pada sy lagu2 yang lebih laju lebih baik yang mengingatkan peminat2 bahawa semua ini adalah kumpulan berteraskan speed metal. Lagu2 dalam album ini seperti lagu yang menjadi tajuk album, "Pounding Metal", & "Evil Sinner" adalah klasik sebenar & mereka memang layak dihargai. Long Live Speed Metal, Long Live Exciter... Rekomended!!!

*Lineup 3 orang band ni*.


Monday, December 16, 2019

Atrophy - Socialized Hate -

Debut album rilis Oktober 1988. Album ini dengan mudah menjadi album berkualiti tinggi untuk 80an Thrash sepanjang masa. Mereka adalah salah satu daripada 3 band dari Arizona bersama2 dengan Flotsam & Jetsam/ Sacred Reich. Walaupun mengeluarkan 2 album yang hebat mereka tidak pernah berjaya keluar dari underground scene kerana pengasas/gitaris Chris Lykins keluar dari band untuk meneruskan karier sebagai ahli bedah plastik (Respek!) & lineup yang tinggal tidak berjaya menghasilkan album ketiga.

Album ini adalah klasik Thrash Metal. Sepatutnya ada dalam koleksi para thrasher. Album yang penuh kuasa & agresif. Yang pasti salah satu album debut terbaik dalam sejarah Thrash Metal. Tahap teknikal lineup yang mengagumkan saya. Album yang penuh dengan riff yang hebat. Dapatkan album ini.. Power!!!


Friday, December 13, 2019

Whiplash - Power And Pain & Ticket To Mayhem -

Debut album Power And Pain rilis Feb 1986. Album kedua Ticket To Mayhem rilis Oktober 1987.

2 album dalam 1 cd. Whiplash adalah salah satu daripada gelombang Thrash pertengahan 80an. Pantas, laju dengan catchy riff. Gitaris/vokalis Tony Portero mempunyai vokal yang keras & jeritannya hampir ke titik untuk vokalis Death Metal. Riff2 juga sangat tajam seperti pisau. Bassist Tony Bono sangat tangkas memainkan gitar bassnya. Kedua2 drummer Tony Scaglione (Ya, band ini mempunyai 3 orang Tony dalam lineup asal) & drummer kedua Joe Cangelosi sangat mengagumkan...Respekk!!!

Kedua2 album berada pada asas yang sama, tetapi saya merasakan 'Power And Pain' lebih baik dari kedua2 album kerana lebih agresif secara keseluruhan & mempunyai sound gitar yang lebih tebal (ditambah lagu2 seperti 'Stage Dive', 'Nailed To The Cross', & 'Power Trashing Death').. Bagaimana anda tidak lebih menyukai akan album ini?. Kedua2 album adalah klasik. Kedua2nya tersedia dalam 1 cd yang menjadikannya sangat tidak dapat dielakkan untuk memiliki album ini... Manntobb!!!

*Terima kasih kepada Displeased Record untuk pengeluaran 2 album dalam 1 cd ini*.
*Suka dengan cover album*.


Monday, December 9, 2019

Laaz Rockit - City's Gonna Burn -

Debut album rilis tahun 1984. Ada beberapa lagu yang sangat baik dalam album ini seperti 'Force To Fight, Take No Prisoner & Prelude'. Sebahagian besar album terasa getaran glam yang kuat. Hanya sedikit rasa Thrash. Perkara yang hebat tentang album ini suara vokalis Michael Coons. Suara beliau unik, tajam, jelas & dapat mencapai beberapa nota yang sangat tinggi dengan mudah.

Sekiranya anda peminat old school Power Metal@80an Glam Rock maka anda akan menyukai album ini. Bagi fanatik Thrash album ini sememangnya bernilai untuk memberi penghormatan kepada salah satu kumpulan Thrash terbaik dalam sejarah. Mempunyai sekeping cd dari sejarah itu akan melengkapkan koleksi anda....


Friday, December 6, 2019

Cirit Ungol - One Foot In H**l -

Album ke 3 rilis Ogos 1986. Peminat2 yang mengikuti kumpulan ini selalu setuju album kedua mereka "King Of The Dead" yang terbaik. Itu antara sebab album ini diabaikan. Album ini dikeluarkan tahun yang sama dengan album2 yang bagus pada masa itu (Reign in Blood & Master of Puppets).

Album ini penekanan kurang kepada epik. Penulisan lagu lebih mudah. Kelebihan mereka adalah genre yang dimainkan iaitu Tradisional Heavy Metal. Walaupun tidak berapa baik dari album sebelum, tetapi sepatutnya mendapat tempat di dalam koleksi peminat metal. Apa yang ada disini adalah satu lagi koleksi lagu2 Heavy Metal klasik, konsisten & lurus dari sebuah band. Sekali lagi anda dapat melihat mengapa Cirith Ungol dipuji diseluruh dunia sebagai pengaruh secara langsung kepada beberapa kumpulan Doom/Heavy Metal pada hari ini... Best!!!

*Lagu "Nadsokor" dicover semula oleh band Doom Metal epik Doomsword dari Itali*.



Tuesday, December 3, 2019

The Michael Schenker Group - Assault Attack -

Album ke 3 rilis Oktober 1982. Satu-satunya album menampilkan Graham Bonnet sebagai vokalis. Julat suara beliau mengagumkan. Michael Schenker sangat menakjubkan. Schenker terkenal dengan Gibson Flying V yang separuh hitam, separuh putih. Beliau ditaja oleh Dean Guitar dan terkenal dalam genre neo - klasik.

Untuk penghasilan album ini mereka bekerjasama dengan Martin Birch yang pernah bekerjasama dengan Black Sabbath & Iron Maiden. Cd Remastered Edition ni ada tambahan lagu bonus 'Girl From Uptown' yang sebenarnya adalah B-Side untuk single lagu 'Dancer'. Walaupun tahun 1982 band2 seperti Judas Priest & Iron Maiden mengeluarkan album yang laju, gelap & keras The Michael Schenker Group meletakkan sisi melodik Hard Rock yang bertembung dengan Heavy Metal sound. Apa yang dilakukan Schenker dengan gitarnya adalah 'menyanyi', gitarnya benar2 merupakan vokalis utama... My Gitar Hero!!!... Power!!!!