Monday, December 16, 2019

Atrophy - Socialized Hate -

Debut album rilis Oktober 1988. Album ini dengan mudah menjadi album berkualiti tinggi untuk 80an Thrash sepanjang masa. Mereka adalah salah satu daripada 3 band dari Arizona bersama2 dengan Flotsam & Jetsam/ Sacred Reich. Walaupun mengeluarkan 2 album yang hebat mereka tidak pernah berjaya keluar dari underground scene kerana pengasas/gitaris Chris Lykins keluar dari band untuk meneruskan karier sebagai ahli bedah plastik (Respek!) & lineup yang tinggal tidak berjaya menghasilkan album ketiga.

Album ini adalah klasik Thrash Metal. Sepatutnya ada dalam koleksi para thrasher. Album yang penuh kuasa & agresif. Yang pasti salah satu album debut terbaik dalam sejarah Thrash Metal. Tahap teknikal lineup yang mengagumkan saya. Album yang penuh dengan riff yang hebat. Dapatkan album ini.. Power!!!


No comments:

Post a Comment