Friday, December 6, 2019

Cirit Ungol - One Foot In H**l -

Album ke 3 rilis Ogos 1986. Peminat2 yang mengikuti kumpulan ini selalu setuju album kedua mereka "King Of The Dead" yang terbaik. Itu antara sebab album ini diabaikan. Album ini dikeluarkan tahun yang sama dengan album2 yang bagus pada masa itu (Reign in Blood & Master of Puppets).

Album ini penekanan kurang kepada epik. Penulisan lagu lebih mudah. Kelebihan mereka adalah genre yang dimainkan iaitu Tradisional Heavy Metal. Walaupun tidak berapa baik dari album sebelum, tetapi sepatutnya mendapat tempat di dalam koleksi peminat metal. Apa yang ada disini adalah satu lagi koleksi lagu2 Heavy Metal klasik, konsisten & lurus dari sebuah band. Sekali lagi anda dapat melihat mengapa Cirith Ungol dipuji diseluruh dunia sebagai pengaruh secara langsung kepada beberapa kumpulan Doom/Heavy Metal pada hari ini... Best!!!

*Lagu "Nadsokor" dicover semula oleh band Doom Metal epik Doomsword dari Itali*.



No comments:

Post a Comment