Saturday, August 31, 2019

W. A. S. P. - The Last Command -

Album ke 2 rilis Nov 1985. Selepas debut album WASP berazam utk membuat album yg lebih baik. Blackie Lawles (vokalis/bass) & lineup yg lain mengambil apa2 yg baik dari debut album seterusnya menjadikan album ini lebih fokus & bersinar. Album ini juga lebih matang mempunyai semua campuran yg hanya Blackie yg boleh berikan.

Album ini dibuka dengan track pembunuh & salah satu daripada lagu hit mereka. Lagu ini pada asalnya dicipta utk Motley Crue dan ia adalah perkara baik Blackie menyimpannya utk WASP kerana lagu ini benar2 lagu pembukaan yg hebat.

Album ini pastinya salah satu album yg mana setiap Metalhead harus miliki. Sekalipun ada suka Black/Death/Thrash mustahil utk tidak menghargai apa yg dilakukan oleh mereka dalam album ini. Penulisan lagu yg sgt baik. Lebih bagus dari apa yg ada pada masa kini... Best!!!

*Lagu "Wild Child" Blackie tulis utk Motley Crue tetapi Nikki Sixx (Bassist MC) menganggap lagu ini tak sesuai dengan suara vokalis MC Vince Neil*.




Friday, August 30, 2019

King Diamond - Abigail -

Album ke 2 rilis Jun 1987. Album konsep pertama mereka. Album klasik dlm semua aspek & setiap metalhead harus memiliki album ini. Selepas mendengar album2 King Diamond/Mercyful Fate sy rasa album ini yg terbaik.

Selepas album ini dikeluarkan Mikkey Dee (drummer) keluar & menyertai Motorhead. Tetapi kombinasi KD & gitaris Andy LaRocque adalah apa yg diperlukan dlm band. Kerja2 gitar dipotong bersih (Cd Remasters) dan bnyk riff telah "dipinjam" oleh band lain sejak album ini keluar. Utk mengklasifikasikan KD hanya karya heavy metal mudah tidak mungkin. Sepanjang album terdapat melodic vokal bersama kerja2 gitar disertakan atmosfera gelap. Sukar utk memilih track kegemaran. "The Possession" atau "Black Horsemen" mungkin berada di senarai atas. Kedua2 lagu mempunyai kerja gitar bersih bersama beberapa bahagian berat.

Abigail & KD secara amnya bkn utk semua orang. Sama ada anda suka utk kreativiti @ membenci utk apa yg mereka mainkan.
Abigail salah satu album Metal terbaik 80an & mudah menjadi salah satu album konsep terbesar sepanjang masa.. Rekomended!!!

*Album ini KD tujukan khas utk mendiang ayah beliau*

Lineup : Kim Bendix Petersen (King Diamond) - vokal
And LaRocque - Gitar
Michael Denner - Gitar
Timi Hansen - Bass
Mikkey Dee - Drums
Roberto Falcao - Keyboards (inlay x de pic beliau).



Tuesday, August 27, 2019

Judas Priest - Painkiller -

Album ke 2 rilis Sep 1990. Album terakhir Rob Halford sebelum keluar dari band. Juga menampilkan pertama kali Scot Travis sebagai drummer. Album ini adalah salah satu album comeback terbaik dlm sejarah Metal. Ia mengambil semangat Speed/Power Metal yg tiada dlm album terdahulu 'Ram it Down' & menggabungkannya dgn gaya Thrash Metal seperti Metallica & Megadeth utk mencipta antara album Speed Metal terbaik sepanjang masa.

Vokal Rob Halford sampai ke tahap baru. Julatnya sukar dipercayai. Jeritannya yg sgt tinggi di hujung lagu 'Painkiller' hampir sama seperti nota gitar yg tinggi. Walaupun mereka telah sedikit Glam Metal dlm album 'Turbo', 'Painkiller' menunjukkan hampir tidak ada kesan Glam. Drum Scot Travis terbaik dari mana2 album2 JP. Beliau seperti mesin dibelakang set drumnya.

'Painkiller' adalah album terbaik JP 90an. Album ini sepatutnya cukup utk memberitahu anda bahawa ini diperlukan oleh mana2 metalhead... Best!!!

*Don Airey (Deep Purple) bermain keyboard utk lagu 'A Touch Of Evil'.



Monday, August 26, 2019

Slayer - Show No Mercy -

Debut album rilis Dec 1983. Album yg memperlihatkan sisi berbeza Slayer. Pengaruh NWOBHM yg sgt jelas. Walaupun Venom lebih dahulu memulakan muzik yg keras & laju tetapi "Big 4" (Metallica, Slayer, Megadeth, Anthrax) sering dikredit mempopularkan genre Thrash Metal.

'Show No Mercy' memaparkan estetika yg sgt berbeza isinya. Salah satu faktor menjadikan muzik Slayer begitu berbeza adalah kerja2 gitar Kerry King & Jeff Hanneman. Muzik dlm album ini melihatkan lagu yg lebih perlahan berbanding album2 selepas ini. Ini adalah satu usaha yg menyeronokkan pengenalan kepada sebuah band yg kemudiannya menjadi terkenal dgn "Kelajuan tinggi & kehebatan instrumental" mereka. Ia adalah pengalaman mendengar yg penuh dgn kekejaman... Tanpa belas kasihan!!!... BEST!!!

*They say the pen is mightier than the sword...
I say f**k the pen... Cause you can die by the sword*

*Nak pencen dah depa.. Harap2 adalah farewell album... 😢.. *


Sunday, August 25, 2019

Steeler - Self Title -

Debut album rilis tahun 1984. Memaparkan segalanya rythm dari 0 - 100 dlm beberapa saat. 5 anak muda (pada masa itu) memainkan irama yg mengujakan. Speed metal laju, anggukan kepala berorientasikan riff tradisional namun berkuasa & balada yg pada akhirnya membentuk album yg cemerlang.

Album ini mengenalkan gitaris berbakat besar (Gitar hero aku) Axel Rudi Pell ke dlm peta muzik dunia. Salah satu album terbaik Heavy Metal. Band hebat yg memainkan muzik yg sy minati. Album ini adalah permata tersembunyi. Sgt2 disarankan... Best!!!!



Saturday, August 24, 2019

Grim Reaper - See You in Hel


l -

Debut album rilis tahun 1983 & di USA Julai 1984. Album ini mempunyai setiap aspek klasik apa yg peminat Metal mahukan. Kredit terutamanya utk vokalis Steve Grimmet. Suaranya mempunyai jeritan yg tinggi dengan penuh semangat. Menyokong kecemerlangan vokalis adalah riff2 dari gitaris Nick Bowcott, seorang gitar hero NWOBHM (kidal lak tu). Dave Wanklin (bass) & Lee Harris (drum) melengkapkan lineup utk memberi kesan & kepuasan mendengar yg hebat. Album ini mempunyai semangat Metal bawah tanah yg sy rasa bnyk band cuba pada masa kini.

Secara keseluruhan album ini patut didengar oleh peminat2 walaupun sekali. Walaupun mereka dibayangi dgn gergasi metal 80an yg lain, Grim Reaper msh mempunyai beberapa track berlian yg patut didengar.. Rekomended!!!

Friday, August 23, 2019

Kreator - Gods Of Violence - (sealed)

Album studio ke 14 rilis Jan 2017. Beberapa tahun kebelakangan bnyk band keluarkan album baru & kali ini legenda Teutonic Thrash Metal Jerman Kreator. Scene Metal jerman jauh lebih kejam dgn Kreator yg selalu berada di baris hadapan disamping Sodom & Destruction. Seperti kebanyakan band2 lain Kreator mungkin terkeluar dari akar irama Thrash Metal pada 90an, mereka bereksperimen dgn sound industrial. Tetapi semenjak memasuki millenium, Kreator kembali kepada akar Thrash dgn visi yg lebih matang.

'Satan is Real' - Lagu yg kalau tak memahami apa yg cuba disampaikan memang akan keliru. Lirik yg bijak, puitis, berkias tentang keadaan dunia masa kini. Dgn album ini Kreator menyampaikan album berkualiti tinggi yg pastinya menjadi idaman kepada katalog peminat Metal. Mereka mengeluarkan album utk peminat baru & lama bagaimana muzik Thrash Metal berbunyi bagaimana di era moden.. Rekomended!!!

*Respek frontman Milland "Mille' Petrozza walaupun show dekat2 tapi performance tiptop*