Judas Priest - Painkiller -
Album ke 2 rilis Sep 1990. Album terakhir Rob Halford sebelum keluar dari band. Juga menampilkan pertama kali Scot Travis sebagai drummer. Album ini adalah salah satu album comeback terbaik dlm sejarah Metal. Ia mengambil semangat Speed/Power Metal yg tiada dlm album terdahulu 'Ram it Down' & menggabungkannya dgn gaya Thrash Metal seperti Metallica & Megadeth utk mencipta antara album Speed Metal terbaik sepanjang masa.
Vokal Rob Halford sampai ke tahap baru. Julatnya sukar dipercayai. Jeritannya yg sgt tinggi di hujung lagu 'Painkiller' hampir sama seperti nota gitar yg tinggi. Walaupun mereka telah sedikit Glam Metal dlm album 'Turbo', 'Painkiller' menunjukkan hampir tidak ada kesan Glam. Drum Scot Travis terbaik dari mana2 album2 JP. Beliau seperti mesin dibelakang set drumnya.
'Painkiller' adalah album terbaik JP 90an. Album ini sepatutnya cukup utk memberitahu anda bahawa ini diperlukan oleh mana2 metalhead... Best!!!
*Don Airey (Deep Purple) bermain keyboard utk lagu 'A Touch Of Evil'.
No comments:
Post a Comment