Friday, August 16, 2019

Dark Angel - Darkness Descends -

Album ke 2 rilis Nov 1986. Album ini dianggap sebagai landmark genre Thrash Metal. Apa yg anda tahu mengenai mereka? Mungkin ada yg tau mengenai drummer mereka Gene Hoglan. Beliau pernah menjadi drummer utk band seperti Death & Testament. Kemunculan sulong beliau dlm Dark Angel.

1986 adalah tahun menakjubkan utk Thrash Metal. Dgn 'Reign in Blood', 'Pleasure To Kill', 'Peace Sells' & Master Of Puppets' telah membawa irama extreme metal ke tahap yg baru. Terdapat bnyk riff2 hebat sepanjang perjalanan album & drum Hoglan sgt luar biasa. Sy benar2 dpt mendengar betapa bnyk pengaruh Death Metal terutama utk lagu 'Black Prophecies'. Satu2nya perkara yg kurang bagi sy adalah vokal. Vokal Don Doty baik tetapi memikirkan lineup yg sgt bagus, sesuatu yg agresif & tidak dpt dilupakan akan menjadikannya lebih baik. Secara keseluruhan album ini hebat dari band yg berada di kemuncak. Jika anda peminat Thrash.. Dapatkan... Best!!!

*Gene Hoglan hanya berumur 18 tahun semasa rakaman album ini*


No comments:

Post a Comment