Tuesday, August 6, 2019

Deep Purple - Machine Head (Japan Press With Obi) -.

Album studio ke 6 rilis Mac 1972. Album ini sering disebut sebagai pengaruh utama dlm perkembangan awal genre Heavy Metal. Secara komersial adalah album DP yg plg berjaya. Apabila org bercakap mengenai DP perkara pertama yg terlintas semestinya lagu "Smoke On The Water". Menyedihkan kerana DP jauh lbh baik daripada single yg top itu.

Mendapat perhatian teraju utama DP Ian Gilan & Ritchie Blackmore. Gillan mengesahkan tempat di kalangan penyanyi rock terbaik di zamannya dgn persembahan vokal beliau utk lagu "Smoke On The Water", "Highway Star" & "Space Truckin". Blackmore pula melakukan kerja2 gitar jauh melampaui eranya, dgn beberapa solo neoklasik & riff blues yg berat. Jadi.... Apa lg hendak dikatakan mengenai album ini? Ia mengandungi 7 lagu klasik & adalah album pembentukan terawal Heavy Metal yg berpengaruh. Jika anda peminat irama Metal, tanpa ragu2 sila dptkan album ini. Rekomended!!!!

*Tercetusnya idea utk lagu "Smoke On The Water" semasa mereka menyaksikan konsert Frank Zappa di Switzerland. Terjadi kebakaran menyebabkan asap yg tebal di tasik berdekatan. Salah satu lagu klasik DP.. Mereka x target pun lagu ni meletop.. Terrbbaaaiikkk!!



No comments:

Post a Comment