Saturday, August 10, 2019

Metal Church - The Dark -

Album ke 2 rilis Oktober 1986. Album klasik dr mereka. Sering menjadi topik perbahasan di kalangan peminat sama ada ianya lbh baik dr album pertama. Dari awal hingga akhir anda x perlu melangkau lagu, semua track mantob. David Wayne (vokalis) keluar dr band selepas album ini. Metal Church mengeluarkan 3 album (termasuk demo) yg sgt baik bersamanya. Jika anda menikmati album yg heavy & laju anda mungkin menyukai 1st album dr album ini.

Tidak hairan org berhujah sama ada album ini album terbaik mereka. Bahkan lagu yg dianggap lemah sebenarnya lagu yg bagus. Album yg sgt baik oleh band yg menetapkan standard yg sgt tinggi pada permulaan kerjaya, sehingga tiap album berikutnya akan dibandingkan dgn 2 karya awal mereka. Album ini adalah campuran klasik metal, speed & thrash. Tanpa sebarang keraguan album2 Metal Church patut ada dlm koleksi peminat genre ini.. Bestt!!!!


No comments:

Post a Comment