Tuesday, August 13, 2019

Kiss - Creatures Of The Knight -

Album studio ke 10 rilis Oktober 1982. Album ini didekasikan utk pengasas syarikat rakaman Casablanca & penyokong Kiss terawal Neil Bogart yg mati akibat kanser semasa proses rakaman. Ini juga album terakhir bersama Ace Frehley. (Cover ini adalah rerelease cover yg memaparkan Bruce Kulick walaupun beliau tidak bermain gitar dlm album ini. Kerja2 gitar dlm album ini dimainkan oleh Vinnie Vincent & beberapa org gitaris lain.)

Kiss adalah band yg hebat & album ini pasti (tidak dijangka) kembali kepada akar rock mereka, bahkan lebih keras dari album sebelum ini. Dlm album ini lagu2 Simmons lebih baik dr Stanley. Vokal Stanley baik terutamanya utk lagu ballad 'i Still Love You' (ada ura2 lagu2 ini dicipta selepas beliau putus tunang). Lagu ini kemungkinan lagu ballad terbaik dari mereka.

Album ini tidak pernah mendapat penghormatan sewajarnya. Selepas album ini mereka meninggalkan identiti solekan muka.. Best!!!


No comments:

Post a Comment