Saturday, August 31, 2019

W. A. S. P. - The Last Command -

Album ke 2 rilis Nov 1985. Selepas debut album WASP berazam utk membuat album yg lebih baik. Blackie Lawles (vokalis/bass) & lineup yg lain mengambil apa2 yg baik dari debut album seterusnya menjadikan album ini lebih fokus & bersinar. Album ini juga lebih matang mempunyai semua campuran yg hanya Blackie yg boleh berikan.

Album ini dibuka dengan track pembunuh & salah satu daripada lagu hit mereka. Lagu ini pada asalnya dicipta utk Motley Crue dan ia adalah perkara baik Blackie menyimpannya utk WASP kerana lagu ini benar2 lagu pembukaan yg hebat.

Album ini pastinya salah satu album yg mana setiap Metalhead harus miliki. Sekalipun ada suka Black/Death/Thrash mustahil utk tidak menghargai apa yg dilakukan oleh mereka dalam album ini. Penulisan lagu yg sgt baik. Lebih bagus dari apa yg ada pada masa kini... Best!!!

*Lagu "Wild Child" Blackie tulis utk Motley Crue tetapi Nikki Sixx (Bassist MC) menganggap lagu ini tak sesuai dengan suara vokalis MC Vince Neil*.




No comments:

Post a Comment