Friday, October 11, 2019

Mercyful Fate - "Don't Break The Oath" -

Album ke 2 rilis Sep 1984. Album ini pada sy album terbaik Mercyful Fate. Berbanding dengan album/Ep pertama mereka "Melissa" sound gitar dalam album ini lebih baik. Shermann & Denner lebih memanfaatkan pengaruh neo - klasik mereka & hasilnya sgt menakjubkan.

Pendekatan vokal King Diamond juga berubah sedikit. Beliau menggunakan julat yg lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sy rasa beliau menyalahgunakan falsetto tetapi ia sesuai dengan muzik yg dimainkan & jeritan bertambah baik.

Ini adalah album yg sempurna lagi mantap. Hampir tiada kecacatan. Album ini akan berada dalam Top 10 album pilihan sy sepanjang masa. Bagi mereka yg percaya Ride The Lightning, Powerslave, Defenders Of The Faith atau Metal Church adalah album metal terbaik 1984, anda perlu mendengar album ini kerana konsistensi & puncak album ini melebihi apa2. Dari segi sesiapa yg patut menikmatinya sy mengharapkan peminat2 Power/Prog/Heavy & Thrash Metal akan menyukai album ini... Rekomended!!!!!!

*Majalah Metal Rules menamakan album ini yg terbaik utk album genre extreme metal sepanjang zaman*


Monday, October 7, 2019

Osiris - Self Title -

Debut album rilis pada tahun 1983. Band progressif rock pertama dari Bahrain. Ditubuhkan oleh 2 beradik Mohamed Al - Sadeqi (gitar) & Nabil Al - Sadeqi (drum). Mereka berlatih di garaj rumah & mendapat sambutan dari ramai orang yg berminat dengan permainan mereka.

Muzik Osiris menggabungkan pengaruh dari band2 seperti Camel, Genesis & Jethro Tull ditambah dengan bunyian arab.. Best!!


Friday, October 4, 2019

Coroner - Punishment For Decadence -

Album ke 2 rilis Ogos 1988. Coroner adalah Thrash Metal trio (3 orang) dari Zurich Switzerland. Mereka datang dengan percikan teknikal yg hebat. Gitaris mereka Tommy Vetterli adalah salah seorang gitaris underrated
dalam scene Thrash. Bass/vokalis Ron Broder mungkin bukan yg terhebat tetapi prestasi menakjubkan. Drummer Marky Edelman melengkapkan trio ini dengan ketepatan irama.

Saya cadangkan album ini kepada sesiapa saja
yg menikmati Thrash Metal yg baik & sedang mencari album klasik yg tidak akan membosankan selepas mendengar. Album ini tidak akan menjadi tua.. Hanya peminat saja.. Best!!!

*Lineup: Ron Broder (Ron Royce) - vokal/bass
              : Tommy Vetterli (Tomny T. Baron) -
                Gitar
               : Marky Edelman (Marquis Marky) -
                Drum*

*1 lagu cover dari Jimmy Hendrix "Purple Haze" *


Tuesday, October 1, 2019

Holy Moses - The New Machine Of Liechtenstein -

Album ke 3 rilis pada tahun 1989. Perkara paling ketara mengenai album ini adalah vokalisnya Sabina Classen. Salah seorang vokalis wanita dlm scene Thrash Metal. Beliau memberikan persembahan vokal paling kuat dengan campuran jeritan menakutkan. Ini membuatkan beliau menjadi antara vokalis terbaik irama Thrash. Dari awal hingga akhir album ini merupakan 'Pesta' Thrash yg dilaksanakan dgn ketepatan, tenaga & serangan ganas.

Jadi ini yg peminat dapat.. 'Thrash Metal Eropah' yg berkualiti tinggi. Ianya menyeronokkan untuk mendengar album ini. Masih relevan, bertenaga, dinamik tanpa kehilangan identitinya. Sebuah album yg sgt mengagumkan. Best!!!!



Friday, September 27, 2019

Gary Moore - Run For Cover -

Album solo ke 5 rilis Sep 1985. Album ini sering dianggap sebagai album terhebat beliau. Menampilkan ramai rakan pemuzik seperti bassist/vokalis Deep Purple Glen Hughes, Phill Lynott Thin Lizzy, Bob Daisley & Don Airey.

Boleh dikatakan semua album solo beliau hebat. Album ini juga agak berat. Mengandungi salah satu single beliau yg terkenal berduet bersama Phill Lynott "Out In The Field". Album yg sgt bagus semasa beliau masih rock/heavy metal. Antara kemuncak dalam kerjayanya. Sayang... Semasa ramai yg mengharap beliau kembali semula bermain rock/heavy metal beliau mati mengejut akibat serangan jantung...

*Thank's For The Music*
- Robert William Gary Moore (1952-2011)-
*Gitar Hero Aku*


Saturday, September 21, 2019

Badlands - Dusk -



Album ke 3 & terakhir rilis Dec 1998. Album ini sebenarnya merupakan koleksi demo studio yg belum selesai dirakam antara tahun 1992 & 1993. Projek ini di tinggalkan apabila syarikat rakaman mereka menolak projek ini & band ini dibubarkan tidak lama selepas itu. Selepas kematian vokalis Ray Gillen pada tahun 1993 (akibat Aids) demo/video album ini muncul dlm bootleg dgn kualiti yg teruk. Label dari Jepun Pony Canyon mengambil & nengeluarkan secara rasmi album ini. Selepas pendengaran beberapa kali, album ini bagus sebenarnya. Dua album sebelum ini sgt cemerlang. Walaupun album ini tak mencapai standard itu tetapi tetap hebat di dengar...

Friday, September 20, 2019

King Diamond - Conspiracy -

Album ke 4 rilis Ogos 1989. Bagaimana mungkin seorang lelaki membuat bnyk album hebat & mempunyai diskografi yg hampir sempurna?... Tapi ini King Diamond... Beliau menunjukkan kepada kita bahawa ini memang benar2 berlaku. Tahun 1989 KD mempunyai tugas yg cukup besar. Beliau perlu membuat album lanjutan dari album sebelumnya "Them". Album ini berbeza dari album "Them" tetapi tidak tersimpang jauh dari formula klasik KD yg peminat2 sukai.

Perbezaan yg dikesan dlm album ini terutama utk lagu pembukaan "At The Graves" adalah adanya keyboards. Tambahan hebat kepada muzik KD. Selain itu sound gitar lebih bnyk campuran dibandingkan dgn "Them". Andy La Rocque gitaris luar biasa & bersahaja. Pengeluaran album ini jauh lebih baik. Semua instrumen jelas di dengar. Satu2 nya masalah dgn album ini ialah jalan cerita. Ia bukan cerita yg buruk sebenarnya, ia adalah jalan cerita yg baik apabila kita menganggap betapa sukarnya utk membuat album konsep. Tetapi jika dibandingkan dgn "Abigail" yg direka dgn kemahiran & kreatif ia tidak sepadan.
Walaubagaimanapun album ini tetap berada pada landasan tersendiri & agak menghiburkan.

Cukup sekadar ini bukti tentang apa itu irama Metal & merupakan album yg perlu dimiliki. Atmosfera, pemuzik, penulisan lagu, vokal adalah sebahagian daripada persamaan yg mana jawapan yg tidak dpt dielakkan utk membeli album ini.. Long Live King!!!

*K.K. Downing (Judas Priest) gitaris jemputan dlm album ini*