King Diamond - Conspiracy -
Album ke 4 rilis Ogos 1989. Bagaimana mungkin seorang lelaki membuat bnyk album hebat & mempunyai diskografi yg hampir sempurna?... Tapi ini King Diamond... Beliau menunjukkan kepada kita bahawa ini memang benar2 berlaku. Tahun 1989 KD mempunyai tugas yg cukup besar. Beliau perlu membuat album lanjutan dari album sebelumnya "Them". Album ini berbeza dari album "Them" tetapi tidak tersimpang jauh dari formula klasik KD yg peminat2 sukai.
Perbezaan yg dikesan dlm album ini terutama utk lagu pembukaan "At The Graves" adalah adanya keyboards. Tambahan hebat kepada muzik KD. Selain itu sound gitar lebih bnyk campuran dibandingkan dgn "Them". Andy La Rocque gitaris luar biasa & bersahaja. Pengeluaran album ini jauh lebih baik. Semua instrumen jelas di dengar. Satu2 nya masalah dgn album ini ialah jalan cerita. Ia bukan cerita yg buruk sebenarnya, ia adalah jalan cerita yg baik apabila kita menganggap betapa sukarnya utk membuat album konsep. Tetapi jika dibandingkan dgn "Abigail" yg direka dgn kemahiran & kreatif ia tidak sepadan.
Walaubagaimanapun album ini tetap berada pada landasan tersendiri & agak menghiburkan.
Cukup sekadar ini bukti tentang apa itu irama Metal & merupakan album yg perlu dimiliki. Atmosfera, pemuzik, penulisan lagu, vokal adalah sebahagian daripada persamaan yg mana jawapan yg tidak dpt dielakkan utk membeli album ini.. Long Live King!!!
*K.K. Downing (Judas Priest) gitaris jemputan dlm album ini*
No comments:
Post a Comment