Tuesday, September 17, 2019

Blind Guardian - Battalions Of Fear -

Debut album rilis May 1988. Ianya sentiasa menyeronokkan mendengar semula album2 awal seperti Blind Guardian kerana ada rasa evolusi yg berbeza dari akar hingga apa yg mereka kecapi kini. Selepas menukar nama band (Lucifer's Heritage) mereka mengekalkan stail Melodic Speed Metal utk debut album ini.

Dlm album ini 3 lagu mendapat perhatian sy. Pertama "Majesty". Lagu yg klasik & peminat2 mahu ianya dibawa semasa live konsert. Permulaannya istimewa. Korus menarik anda akan mengingatinya selepas mendengar album ini. Lagu hebat kedua ialah "Guardian Of The Blind". Dimulai dgn riff yg hebat & solo luar biasa. "Battalions Of Fear" adalah lagu ke 3 yg menakjubkan. Gitar mantob sepanjang lagu, riff2 sgt baik & korus menarik... 👍👍👍

Mereka membuat karya yg hebat dengan album ini. Bunyi yg terhasil dari album ini hanya permulaan kepada evolusi luar biasa yg menjadikan mereka hebat seterusnya menjadikan mereka salah satu band terbaik dari Jerman yg pernah ada... Ressppeekkk!!!!


No comments:

Post a Comment