Friday, September 6, 2019

Megadeth - Killing its My Business... and Business Is Good! -

Debut album rilis Jun 1985. Selepas ditendang keluar dari Metallica beberapa tahun sebelum itu, Dave Mustaine (Abg Mus) sgt2 marah & dlm album ni beliau menunjukkan kemarahan itu.

Perkara utama yg dpt diperhatikan apabila memainkan album ini dgn adanya piano. Ada yg berfikir ini tidak sesuai dgn muzik sebegini tetapi Abg Mus dgn cepat menunjukkan ia memberi kesan yg bertentangan dgn apa yg di isi dlm album (kemarahan). Penulisan lagu dlm album ini luar biasa & bakat menulis lagu Abg Mus akan berkembang utk album2 seterusnya. Ini adalah album Megadeth yg plg kurang berstruktur, apa yg keluar adalah album melodi Thrash yg baik.

Walaupun album ini tak meletop dlm carta Billboard ianya masih salah satu album Combat's yg terlaris jualan seterusnya menarik perhatian Capitol Records menandatangani Megadeth utk perjanjian jangka panjang bermula album kedua mereka "Peace Sells.. But Who's Buying?.. (album pertama mereka mendapat Platinum). Walaupun selalu dibayangi dgn Metallica sy menggemari album ini. Peminat Thrash 80an album ini utk anda.. Best!!!

*Cover album atas oleh Combat Records
*Cover album yg bawah hasil lakaran Abg Mus*

*Semoga proses rakaman album terbaru berjalan lancar & diharap penyakit yg melanda Abg Mus baru2 ni cepat sembuh..Long Live Abg Mus!...

No comments:

Post a Comment