Friday, October 11, 2019

Mercyful Fate - "Don't Break The Oath" -

Album ke 2 rilis Sep 1984. Album ini pada sy album terbaik Mercyful Fate. Berbanding dengan album/Ep pertama mereka "Melissa" sound gitar dalam album ini lebih baik. Shermann & Denner lebih memanfaatkan pengaruh neo - klasik mereka & hasilnya sgt menakjubkan.

Pendekatan vokal King Diamond juga berubah sedikit. Beliau menggunakan julat yg lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sy rasa beliau menyalahgunakan falsetto tetapi ia sesuai dengan muzik yg dimainkan & jeritan bertambah baik.

Ini adalah album yg sempurna lagi mantap. Hampir tiada kecacatan. Album ini akan berada dalam Top 10 album pilihan sy sepanjang masa. Bagi mereka yg percaya Ride The Lightning, Powerslave, Defenders Of The Faith atau Metal Church adalah album metal terbaik 1984, anda perlu mendengar album ini kerana konsistensi & puncak album ini melebihi apa2. Dari segi sesiapa yg patut menikmatinya sy mengharapkan peminat2 Power/Prog/Heavy & Thrash Metal akan menyukai album ini... Rekomended!!!!!!

*Majalah Metal Rules menamakan album ini yg terbaik utk album genre extreme metal sepanjang zaman*


No comments:

Post a Comment