Loudness - Lightning Strikes -
Album ke 6 rilis Mac 1986. Dikenali sebagai 'Shadow Of War' untuk pasaran di Jepun. Susunan lagu berbeza. Dengan 4 orang samurai yg gagah perkasa di instrumen masing2 album ini dibuka dengan solo gitar Akira Takasaki. 'Let It Go' satu percubaan dari mereka untuk hit di USA.
Vokalis Minoru Nihara mempunyai suara dengan jeritan yg sangat tinggi. Telo Jepun yang pekat & beberapa bait lirik jelas menunjukkan beliau tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik pada masa itu. Sound gitar hero aku Akira Takasaki akan membuatkan Eddie Van Halen menangis. Masayoshi Yamashita bassist & Munetaka Higuchi drum membentuk salah satu bahagian irama terbaik untuk genre ini.
Band dari Jepun pertama yang menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman dari USA. Ramai yg menyebut album awal mereka dalam bahasa Jepun sebagai karya terbaik mereka. Tetapi sy merasakan bahawa ketiga2 album yg dikeluarkan di USA selepas itu adalah yg terbaik (pendapat peribadi). Album yg bagus dari band yg bagus, tapi sayang jika mereka dari USA @ Eropah mereka akan lebih dihargai... Mantob!!!
*Nov depan mereka akan datang utk konsert di Malaysia. Sahabat2 yg pergi enjoy the show... Banzai!!! *
No comments:
Post a Comment