Monday, October 14, 2019

Uriah Heep - Demon And Wizards -

Album ke 4 rilis May 1972. Sesetengah orang beranggapan Demon And Wizards album terbaik UH yg pernah ada & pastinya merupakan album terpenting mereka. Album ini menampilkan lineup yg berbakat & paling berjaya buat pertama kali. Dengan Gary Thain bassist & Lee Kerslake drum. Album ini juga merupakan album pertama utk mereka menulis lirik fantasi & yg pertama cover album direka oleh Roger Dean.

Demon And Wizards nengandungi lagu hit terbesar mereka "Easy Livin". Walaubagaimanapun album ini mempunyai lagu2 yg lebih baik seperti "Traveller In Time", "The Wizard", "Circle Of Hands", & "The Spell". Menjadikan album ini sgt klasik utk genre ini. Album ini menempa kejayaan komersial UK Top 20 & mendapat Gold Rekod di USA. Edisi Remaster ini mengandungin bonus 14 lagu yg tidak pernah dikeluarkan. Booklet mengandungi bnyk maklumat tambahan mengenai lagu2 juga ada nota gitaris Mick Box & keyboard Ken Hensley mengenai album UH yg paling terkenal. Demon And Wizards adalah album terpenting utk peminat genre muzik ini. Album yg sangat berpengaruh yg tidak boleh diabaikan... Best!!!!


No comments:

Post a Comment