Friday, September 27, 2019

Gary Moore - Run For Cover -

Album solo ke 5 rilis Sep 1985. Album ini sering dianggap sebagai album terhebat beliau. Menampilkan ramai rakan pemuzik seperti bassist/vokalis Deep Purple Glen Hughes, Phill Lynott Thin Lizzy, Bob Daisley & Don Airey.

Boleh dikatakan semua album solo beliau hebat. Album ini juga agak berat. Mengandungi salah satu single beliau yg terkenal berduet bersama Phill Lynott "Out In The Field". Album yg sgt bagus semasa beliau masih rock/heavy metal. Antara kemuncak dalam kerjayanya. Sayang... Semasa ramai yg mengharap beliau kembali semula bermain rock/heavy metal beliau mati mengejut akibat serangan jantung...

*Thank's For The Music*
- Robert William Gary Moore (1952-2011)-
*Gitar Hero Aku*


Saturday, September 21, 2019

Badlands - Dusk -



Album ke 3 & terakhir rilis Dec 1998. Album ini sebenarnya merupakan koleksi demo studio yg belum selesai dirakam antara tahun 1992 & 1993. Projek ini di tinggalkan apabila syarikat rakaman mereka menolak projek ini & band ini dibubarkan tidak lama selepas itu. Selepas kematian vokalis Ray Gillen pada tahun 1993 (akibat Aids) demo/video album ini muncul dlm bootleg dgn kualiti yg teruk. Label dari Jepun Pony Canyon mengambil & nengeluarkan secara rasmi album ini. Selepas pendengaran beberapa kali, album ini bagus sebenarnya. Dua album sebelum ini sgt cemerlang. Walaupun album ini tak mencapai standard itu tetapi tetap hebat di dengar...

Friday, September 20, 2019

King Diamond - Conspiracy -

Album ke 4 rilis Ogos 1989. Bagaimana mungkin seorang lelaki membuat bnyk album hebat & mempunyai diskografi yg hampir sempurna?... Tapi ini King Diamond... Beliau menunjukkan kepada kita bahawa ini memang benar2 berlaku. Tahun 1989 KD mempunyai tugas yg cukup besar. Beliau perlu membuat album lanjutan dari album sebelumnya "Them". Album ini berbeza dari album "Them" tetapi tidak tersimpang jauh dari formula klasik KD yg peminat2 sukai.

Perbezaan yg dikesan dlm album ini terutama utk lagu pembukaan "At The Graves" adalah adanya keyboards. Tambahan hebat kepada muzik KD. Selain itu sound gitar lebih bnyk campuran dibandingkan dgn "Them". Andy La Rocque gitaris luar biasa & bersahaja. Pengeluaran album ini jauh lebih baik. Semua instrumen jelas di dengar. Satu2 nya masalah dgn album ini ialah jalan cerita. Ia bukan cerita yg buruk sebenarnya, ia adalah jalan cerita yg baik apabila kita menganggap betapa sukarnya utk membuat album konsep. Tetapi jika dibandingkan dgn "Abigail" yg direka dgn kemahiran & kreatif ia tidak sepadan.
Walaubagaimanapun album ini tetap berada pada landasan tersendiri & agak menghiburkan.

Cukup sekadar ini bukti tentang apa itu irama Metal & merupakan album yg perlu dimiliki. Atmosfera, pemuzik, penulisan lagu, vokal adalah sebahagian daripada persamaan yg mana jawapan yg tidak dpt dielakkan utk membeli album ini.. Long Live King!!!

*K.K. Downing (Judas Priest) gitaris jemputan dlm album ini*


Tuesday, September 17, 2019

Blind Guardian - Battalions Of Fear -

Debut album rilis May 1988. Ianya sentiasa menyeronokkan mendengar semula album2 awal seperti Blind Guardian kerana ada rasa evolusi yg berbeza dari akar hingga apa yg mereka kecapi kini. Selepas menukar nama band (Lucifer's Heritage) mereka mengekalkan stail Melodic Speed Metal utk debut album ini.

Dlm album ini 3 lagu mendapat perhatian sy. Pertama "Majesty". Lagu yg klasik & peminat2 mahu ianya dibawa semasa live konsert. Permulaannya istimewa. Korus menarik anda akan mengingatinya selepas mendengar album ini. Lagu hebat kedua ialah "Guardian Of The Blind". Dimulai dgn riff yg hebat & solo luar biasa. "Battalions Of Fear" adalah lagu ke 3 yg menakjubkan. Gitar mantob sepanjang lagu, riff2 sgt baik & korus menarik... 👍👍👍

Mereka membuat karya yg hebat dengan album ini. Bunyi yg terhasil dari album ini hanya permulaan kepada evolusi luar biasa yg menjadikan mereka hebat seterusnya menjadikan mereka salah satu band terbaik dari Jerman yg pernah ada... Ressppeekkk!!!!


Sunday, September 15, 2019

Warrant - First Strike -

Ep pertama rilis tahun 1985. Kumpulan ini berasal dari Dusseldorf Jerman. Berkongsi nama dgn kumpulan Glam Rock /Metal terkenal Warrant (USA). Album ini dipenuhi dgn keganasan & kemarahan yg selalu dikaitkan dgn band2 Jerman lain seperti Accept, Running Wild, Iron Angel & Helloween.

Album ini adalah Speed Metal tradisional yg hebat. "Bang That Head" pastinya salah satu lagu terbaik mereka yg tak dpt dilupakan. Rekomended!!!


Wednesday, September 11, 2019

Onslaught - The Force -

Album ke 2 rilis May 1986. Ini adalah album yg solid & gelap & diwarnai dengan riff2 terbaik. Perubahan terbesar dlm lineup Onslaught adalah di bahagian vokal. Sy Keeler masuk utk menggantikan Paul Mahoney yg beralih bermain bass utk album ini & hasilnya sgt2 baik.

Jika anda terpaksa hanya memilih satu album daripada semua album mereka, sudah semestinyalah album ini. Tidak syak lagi ini album terbaik mereka. Mungkin salah satu album Thrash Inggeris terbaik 80an. Bnyk riff2 & solo2 membunuh... Lineup berada di kemuncak permainan mereka. Dapatkan album ini!!!... Ini adalah pengeluaran album Thrash yg hebat & terbaik dlm genrenya... Rekomended!!!!

*Semasa ulang tahun album ini Onslaught memainkan kesemua lagu dari album ini di The Full Force Tour*


Sunday, September 8, 2019

Hollywood Vampires - Rise -




Album ke 2 rilis Jun 2019. Hollywood Vampires adalah supergroup dari USA yg ditubuhkan oleh Alice Cooper, Johnny Depp & Joe Perry. Sama ada Cooper, Depp atau Perry menyanyi, mereka melakukannya dgn baik menyampaikan setiap emosin yg berbeza. Apabila King Of Shock Rock, Gitar Hero & Pelakon Popular bergabung maka dapatlah album yg bagus walaupun ada lagu yg filler pada sy (16 lagu).. Best!!!