Monday, May 27, 2019

Alice Cooper - Welcome To My Nightmare -

Dikeluarkan pada Mac 1975, "Welcome To My Nightmare" adalah album solo pertama oleh Vincent Damon Furnier @ Alice Cooper dan album ini juga album konsepnya yg pertama dan dimainkan secara berturutan. Cover album oleh Drew Struzan yg kemudiannya dinilai oleh Majalah Rolling Stone sebagai "Top 100 Album Cover Of All Time". Beliau blh dikatakan antara pengasas genre Shock / Horror Rock.





"BEST"

Friday, May 24, 2019

Accept - Objection Overruled -

Album ke 9 rilis Feb 1993. Kembalinya Udo Dirkschneider sebagai vokalis selepas keluar dr Accept pada tahun 1986. Album ini adalah karya Masterpiece Accept yg dilupakan. Keluar pada pertengahan 90-an, bkn masa yg bagus utk metal dan itulah antara sebab ianya diabaikan. Accept telah diubahsuai utk album ini. Selepas Udo meninggalkan band ini utk mengejar kerjaya dgn band baru beliau (U. D. O), manakala lineup yg lain mencuba bunyi yg lbh komersial dgn vokalis lain.

Selepas kejayaan ringan dlm kedua2 band, mereka memutuskan utk reunion kembali & membuat beberapa lagu terbaik dlm sejarah kumpulan ini. Setiap track mewakili Accept sebagai kuasa metal.

Sekiranya anda mencari album Traditional Metal yg baik anda perlu memiliki album ini. Lagu 'Donation' soundnya terdengar seperti lagu AC/DC. Sgt disyorkan kepada peminat2 hard rock & metal.. Best!!!



Monday, May 20, 2019

Kiss - Dynasty - Japan Press With Obi.

Album studio ke 7 rilis Mei 1979. Kali pertama 4 ahli asal Kiss tidak dtg bersama2 utk rakaman keseluruhan album. Ramai org mengatakan album ini sebagai "Disco & Poppy". Anton Fig dijemput sebagai drummer jemputan selepas Peter Criss mengalami kemalangan kereta yg serius.

Walaupun album ini mendapat anugerah Platinum, 'Dynasty' menandakan permulaan tempoh tidak fokus yg akhirnya menyebabkan Peter Criss & Ace Frehley keluar dr Kiss pada tahun 1982. Dlm salah satu wawancara mereka mengakui mula mendengar pendapat org luar tentang arah apa muzik yg hendak dimainkan semasa Pra-rakaman Dynasty.

Album ini mengembalikan Kiss menjadi komersial. Mencapai No. 9 di carta album Billboard USA. Mendapat pengiktirafan Platinum oleh RIAA menjadikan album terakhir mereka yg tertinggi dlm carta selama beberapa tahun. Lagu fav sy dlm album ini "i Was Made for Lovin You" adalah kerjasama pertama kali Kiss dgn Desmond Child. Album ini tidak digemari oleh ramai peminat tetapi Dynasty adalah salah satu album Kiss kegemaran sy.. Best!!!


Monday, May 6, 2019

Michael Schenker Fest Live at Tokyo International Forum Hall A (2 cd).

Dirakamkan di Tokyo Jepun pada 24 Ogos 2016. Dikeluarkan dlm format 2 cd disc, Dvd & Blu-Ray. Rakaman secara langsung ini menggabungkan lineup yg sgt hebat termasuk 3 org penyanyi iaitu Gary Barden & Graham Bonnet (kedua2nya dr Michael Schenker Group) dan Robin McAuley (McAuley Schenker Group) serta Ted Mckenna drummer, Chris Glen bassist & Steve Mann keyboards. Schenker membina senarai set persembahan dgn sgt bijak dan setiap vokalis melakukan set sendiri secara berasingan. Diantara set itu Schenker memainkan beberapa lagu intrumentalsnya yg plg terkenal seperti "Into The Arena", "Coast To Coast & Captain Nemo" yg membolehkan gitarnya lbh liar dan bebas dlm gaya Schenker yg tipikal.

Ini adalah rakaman hebat dr konsert yg mantab. Beliau mungkin menghampiri umur persaraan tetapi dgn kekuatan album ini Michael Schenker tidak menunjukkan tanda2 utk bersara... Ressppeekkk!!!!

*BEST*




Friday, May 3, 2019

White Lion - Fight To Survive -

Debut album rilis Nov 1985 di Jepun & Jun 1986 di USA. White Lion ditubuhkan di New York oleh vokalis asal Denmark Mike Tramp & gitaris berbakat besar Vito Bratta. Mereka membuat persembahan di kelab & menarik perhatian pengurus tempat itu yg mempunyai hubungan dgn Producer dr Jerman Peter Hauke yg terus menawarkan utk membuat album kpd mereka dlm studionya di Frankfurt

Dgn harapan utk membuat album mereka menandatangani perjanjian dgn Elektra Records yg kemudiannya memutuskan menangguhkan perjanjian ini. Tetapi nasib mereka baik Jvc/Victor di Jepun telah melesenkan album ini yg membolehkan mereka menandatangani perjanjian dgn Atlantic Records.

"Fight To Survive" akhirnya dikeluarkan di USA oleh label Independent Grand Slamm Records yg berpengkalan di Philadelphia. Lagu seperti "Broken Heart", "Cherokee", "The Road To Valhalla", dan lagu yg menjadi tajuk album ini disukai oleh ramai orang & menjadikan mereka salah satu band yg plg berjaya pada masa itu.

"Fight To Survive" adalah Pure Hard Rock dgn vokal yg mantob serta kerja gitar membunuh. Apa yg pasti White Lion adalah band yg berbeza dlm arena muzik USA.

*BEST*