Monday, May 6, 2019

Michael Schenker Fest Live at Tokyo International Forum Hall A (2 cd).

Dirakamkan di Tokyo Jepun pada 24 Ogos 2016. Dikeluarkan dlm format 2 cd disc, Dvd & Blu-Ray. Rakaman secara langsung ini menggabungkan lineup yg sgt hebat termasuk 3 org penyanyi iaitu Gary Barden & Graham Bonnet (kedua2nya dr Michael Schenker Group) dan Robin McAuley (McAuley Schenker Group) serta Ted Mckenna drummer, Chris Glen bassist & Steve Mann keyboards. Schenker membina senarai set persembahan dgn sgt bijak dan setiap vokalis melakukan set sendiri secara berasingan. Diantara set itu Schenker memainkan beberapa lagu intrumentalsnya yg plg terkenal seperti "Into The Arena", "Coast To Coast & Captain Nemo" yg membolehkan gitarnya lbh liar dan bebas dlm gaya Schenker yg tipikal.

Ini adalah rakaman hebat dr konsert yg mantab. Beliau mungkin menghampiri umur persaraan tetapi dgn kekuatan album ini Michael Schenker tidak menunjukkan tanda2 utk bersara... Ressppeekkk!!!!

*BEST*




No comments:

Post a Comment