Monday, May 20, 2019

Kiss - Dynasty - Japan Press With Obi.

Album studio ke 7 rilis Mei 1979. Kali pertama 4 ahli asal Kiss tidak dtg bersama2 utk rakaman keseluruhan album. Ramai org mengatakan album ini sebagai "Disco & Poppy". Anton Fig dijemput sebagai drummer jemputan selepas Peter Criss mengalami kemalangan kereta yg serius.

Walaupun album ini mendapat anugerah Platinum, 'Dynasty' menandakan permulaan tempoh tidak fokus yg akhirnya menyebabkan Peter Criss & Ace Frehley keluar dr Kiss pada tahun 1982. Dlm salah satu wawancara mereka mengakui mula mendengar pendapat org luar tentang arah apa muzik yg hendak dimainkan semasa Pra-rakaman Dynasty.

Album ini mengembalikan Kiss menjadi komersial. Mencapai No. 9 di carta album Billboard USA. Mendapat pengiktirafan Platinum oleh RIAA menjadikan album terakhir mereka yg tertinggi dlm carta selama beberapa tahun. Lagu fav sy dlm album ini "i Was Made for Lovin You" adalah kerjasama pertama kali Kiss dgn Desmond Child. Album ini tidak digemari oleh ramai peminat tetapi Dynasty adalah salah satu album Kiss kegemaran sy.. Best!!!


No comments:

Post a Comment