Wednesday, March 27, 2019

Black Sabbath - Headless Cross -

Album ke 14 rilis April 1989. Album kedua menampilkan Tony Martin sebagai vokalis & Cozy Powell drummer dlm Black Sabbath. Salah satu album terbaik mereka. Apabila memikirkan Black Sabbath ramai yg tahu Ozzy Osbourne & Ronnie James Dio sebagai vokalis bkn Tony Martin. Album ini adalah masterpiece yg membuktikan mereka msh band yg kita tahu & suka. Album ini menunjukkan mereka msh blh bersaing & mengekalkan kedudukan dlm arena Metal dunia.

Dlm sejarah Black Sabbath era Tony Martin menjadi vokalis tidak mendapat pengiktirafan dr peminat mereka. Sama ada mereka hanya suka album 'Klasik' dgn Ozzy atau mereka lbh suka tempo komersial band bersama Dio.

Dlm tempoh ketika lineup Black Sabbath berubah2 seperti keadaan cuaca, Iommi mempunyai kuasa dlm menentukan vokalis utk Sabbath & kali ini ialah Brummie Tony 'The Cat' Martin. Antara 1987-1995, Martin muncul dlm 5 studio album bersama Sabbath. Dlm album ini terdapat beberapa lagu yg sgt berat & gelap seperti 'Nightwing' & 'When Death Calls'. Tidak syak lg ini adalah album terbaik Sabbath yg dikeluarkan tanpa Ozzy & Dio.

*BEST*


Monday, March 25, 2019

Death Angel - Frolic Through the Park -

Album kedua rilis Julai 1988. Lagu dari Kiss 'Cold Gin' dicover semula dlm album ini. Bermula dgn 3 org remaja asal Filipina & mendapat perhatian Kirk Hammet gitaris Metallica utk menghasilkan demo mereka. Selepas album ini dikeluarkan mereka berkembang menjadi Thrash band yg menarik dgn rasa unik serta bnyk idea kreatif.

Album ini mengekalkan tenaga yg dipamerkan dlm debut album mereka terutama di bahagian riff & drum. Mereka memainkan beberapa riff yg sgt hebat (fav lagu utk album ini "3rd Floor"). Terdapat juga lagu yg dipengaruhi Crossover/Punk ("Why You Do This?"). Salah satu perubahan terbesar dlm album ini selain muzik yg perlahan sedikit sudah tentu vokalisnya. Ini adalah langkah terbesar dlm arah baru band ini.

Sekiranya anda penggemar Thrash Metal album ini sememangnya utk anda.

*BEST*


Friday, March 22, 2019

Testament - The Ritual -

Album ke 5 rilis May 1992. Album studio terakhir drummer Louis Clemente & gitaris Alex Skolnick sehingga dia menyertai semula Testament pada tahun 2005. Utk album ini mereka mula membuat pendekatan irama yg lbh perlahan & lbh melodi tetapi dlm masa sama tetap mengekalkan akar Thrash mereka. Ada peminat Testament yg menolak & membenci album ini. Berikan peringatan tentang fakta kepada pendengar supaya anda tidak menyesal jika mengharapkan album seperti "New Order" & "The Legacy". Apabila anda mendengar dgn fikiran terbuka msh terdapat bnyk bahan yg menarik dlm album ini & ia tidak sama sekali sepadan dgn semua kebencian itu.

Sy tidak bersetuju dgn pendapat mengatakan album ini tidak bervariasi. "Electric Crown" & "Let Go Of My World" adalah percubaan Testament utk mengikuti usaha Metallica & Megadeth yg ringkas & melodic. Lagu yg menjadi tajuk album "The Ritual" adalah 7 minit progresif manakala "Deadline" adalah sgt melodic & komersial terdengar seakan2 lagu dr band Hair Metal. Sepanjang keseluruhan album terdapat bnyk riff yg menarik lagi mengagumkan seperti biasa dr mereka.

Jika anda ingin mendengar Testament yg biadanya Thrash Metal maka ini bkn utk anda. Tetapi jika anda suka suara bersih Chuck Billy & bnyk solo2 gitar album ini sememangnya utk anda.

*BEST*



Sunday, March 17, 2019

Santana - Abraxas -

Album kedua rilis Sep 1970. Abraxas mempunyai sesuatu utk pendengar yg bercita2 tinggi & juga sesuatu utk kasual. Carlos Santana selalu dianggap antara gitaris terbaik & album ini sebagai karya terbaik beliau. Judul album ini dr garis buku Herman Hesse - Demian. Cover album pula dilukis pada tahun 1961 oleh pelukis Germany - France 'Mati Klarwein'. Menurut beliau ia adalah salah satu lukisan pertama yg dilukis slps berpindah ke New York. Santana melihat gambar cover ini dlm majalah & meminta utk dijadikan sebagai cover utk album studionya. Cover ini kini dianggap sebagai klasik cover album rock. Lagu dr album ini yg plg terkenal "Black Magic Woman" adalah ciptaan Peter Green/Gabor Szabo.

Kesimpulannya Abraxas adalah klasik. Dan ia akan tetap seperti itu selamanya utk dinikmati oleh generasi yg akan dtg.. Terrbbaikk!!!

*BEST*




Wednesday, March 13, 2019

Black Sabbath - Cross Purposes-

Album ke 17 rilis Jan 1994. Album yg dirakam slps keluarnya Ronnie James Dio dr Black Sabbath buat kali kedua & menandakan kepulangan Tony Martin sebagai vokalis. Geezer Butler kekal sebagai pemain bass & bks drummer Rainbow Bobby Rondinelli di ambil. Cross Purposes adalah satu2nya album studio yg dirakam oleh lineup ini. Sy selalu berpendapat bahawa era pertama Martin bersama Black Sabbath dgn album "The Eternal Idol", "Crossless Headles" & "Tyr" adalah lbh baik daripada pusingan kedua dgn band ini. Tetdapat khabar angin bahawa Martin & Geezer tidak sependapat dlm penulisan lagu utk album ini. Geezer ingin pergi lbh berat tetapi Martin lbh memilih beberapa elemen AOR.

Highlights album ini 7adalah lagu berat "Virtual Death". Geezer terlibat dlm lagu ini yg dibuktikan oleh intro solo bass beliau. Riff adalah perlahan & doomy utk lagu ini, Martin memanfaatkan seluruh rangkaian suaranya. Satu lg kegemaran adalah "Immaculate Deception" yg sgt baik & mungkin lagu terbaik dlm album ini. Lagu lain yg menjadi kegemaran sy ialah "Evil Eye". Bermula dgn riff doom yg baik & semestinya hanya Iommi yg blh menciptanya. Lagu ini sedikit rock & ditulis bersama dgn Eddie Van Halen (Nama beliau tidak dpt dikreditkan dlm album kerana sekatan dr label rekodnya - Warner Bros Record). . Mantobbb... Satu lg persembahan vokal hebat oleh Martin.

Ciri2 yg plg menakjubkan dr album ini adalah tahun ianya dikeluarkan kerana pada masa itu muzik Grunge sedang meletop.  Black Sabbath Cross Purposes adalah album terbaik mereka dlm satu dekad. Album ini juga album terbaik era Tony Martin sebagai vokalis & album plg berat juga gelap yg mereka keluarkan dlm tempoh 2 dekad sejak album "Sabotage" 1976. Bunyi klasik Sabbath telah kembali menerusi album ini. Tony & Geezer sound mereka berbunyi lbh baik dr apa yg didengar bertahun2 sblmnya. Lagu "Virtual Death" adalah perkara terbaik yg dilakukan oleh Black Sabbath sejak zaman Dio.

*BEST**




Saturday, March 9, 2019

Pantera - Power Metal -

Album studio ke 4 rilis Mei 1988. Ini adalah album pertama Pantera menampilkan Phil Anselmo sebagai vokalis. Lineup ini kekal utk beberapa tahun sblm berpecah secara rasmi pada tahun 2003. Album ini mempamerkan gaya lebih agresif yg kadang2 lebih dkt dengan Thrash Metal daripada gaya Glam Metal album terdahulu. Gitaris Dimebag Darrel (kemudian namanya dikreditkan sebagai 'Diamond Darrell') juga menyanyi dlm lagu 'P*S*T*88'. Ramai org menyamakan album ini dgn album Guns N Roses Appetite For Destruction. Sy bukanlah pemuja/fanatik Dimebag Darrel. Sy menghormati beliau & percaya dia adalah salah seorang gitaris yg plg inspiratif. Sy lebih suka meminati sebuah band secara keseluruhan berbanding dgn seorang individu dlm band tersebut.

Pantera Power Metal adalah permata tersembunyi dlm sejarah mereka. Pantera mahu mempercayai 4 album pertama mereka sblm "Cowboys From Hell" tidak wujud. Selama era ini mereka msh mencari sound sendiri & akhirnya mereka mengambil masa selama 7 tahun utk kemudiannya menandatangani perjanjian secara rasmi dgn ATCO. Band ini melalui pelbagai jenis irama Metal dlm sejarah mereka. Glam, Tradisional & Groove Metal. Tetapi ini adalah album terbaik mereka di era ini. Ia adalah campuran sempurna antara Glam Metal & Tradisional Metal.

Pada pendapat sy 'Power Metal' sgt baik jika anda peminat Tradisional Heavy Metal. Secara peribadi ia adalah salah satu album kegemaran sy dr band ini. Ia menggabungkan Heavy Groove yg akan kita dgr dlm album selepas ini namun mengekalkan ciri2 utama yg sy nikmati dgn bnyk gaya Metal 80an. Pengalaman yg sgt2 menyeronokkan semasa mendengar!!!... Ramai peminat Pantera msh enggan mengakui album ini dihasilkan oleh mereka, namun sy mengesyorkan kepada semua peminat Klasik Heavy Metal utk memberi perhatian kepada album ini. Dan jika anda membencinya pada kali pertama mendengar, berikan satu lg cubaan.

*BEST*


Wednesday, March 6, 2019

Deep Purple - Shades Of Deep Purple -.

Debut album rilis Julai 1968. Setiap kumpulan mempunyai akarnya & Rockers veteran Deep Purple mempunyainya sendiri di Hertfordshire, UK. Ditubuhkan pada tahun 1968, dibubarkan sekali pada tahun 1976. Mereka msh bertahan & aktif sehingga ke hr ini (2019). Band ini melalui bnyk perubahan lineup & drummer Ian Paice seorang sahaja lineup yg tinggal dr masa mula2 mereka aktif. - SGT RESPEK!!!!... Utk menjadi terkenal Virtuosos Ritchie Blackmore & Jon Lord telah mengambil & merekrut Nick Simper bass, Ian Paice drummer & Rod Evans vokal.

Dicipta selepas gerakan Pop/Psychedelic yg dipelopori oleh The Beatles, langkah pertama Deep Purple adalah tidak pasti. Album ini soundnya berbunyi dr band yg di ilhamkan oleh bnyk artis terkenal masa itu. Ini bkn rock keras yg sinonim dgn mereka tp blh digambarkan sebagai hibrid antara Pop & Psychedelic Rock. Dgn hanya separuh album (4 daripada 8 track) adalah lagu original mereka, kecacatan terbesar album ini adalah kekurangan identiti. Sudah tentu kita blh bezakan kehebatan Blackmore & Lord  terutamanya dlm sesi jamming Psychedelic Blues 'Mandrake Root'. Tp jgn mengharapkan seperti lagu "Child in Time". Evans tidak menyumbang kepada kreativiti walaupun dia terdengar seperti penyanyi 60an Pop/Rock yg sesuai dgn bunyi album tetapi kekurangan karismanya blh menjadi faktor yg menjengkelkan.. Band ini pasti lbh berat dari yg lain pada masa itu tetapi lagu2 msh mempunyai lenggok Pop British terutama di bahagian vokal. Walaupun tidak sebagus Ian Gillan, Rod Evans melakukan tugas yg baik dihadapan.

"Shades Of Deep Purple" adalah permulaan yg bagus utk band ini & walaupun bnyk lagu2 cover yg pastinya mencetuskan kontroversi, sy benar2 berfikir bahawa Deep Purple melampaui hits & menjadikan lagu2 klasik itu menjadi sesuatu yg baru & asli. Kadang2 hampir ke titik di mana mereka blh dianggap penyanyi asal lagu2 tersebut. Ini sepatutnya menjadi pengalaman yg menarik utk sesiapa yg mahu album yg baik dr akhir 60an.

*BEST*


Saturday, March 2, 2019

Tommy Bolin - Teaser -

Debut solo album beliau rilis Nov 1975. Selama bertahun2 lamanya terdapat ramai pemuzik yg inovatif & sgt terkenal tidak berpeluang utk sepenuhnya memenuhi potensi mereka. Tommy Bolin ialah salah seorang darinya. Sebelum kematiannya pada tahun 1976, Bolin adalah salah satu bakat gitar yg dinantikan pada awal 70an. Dgn gaya permainan yg unik meliputi pelbagai gaya muzik berbeza dr Blues ke Funk kepada gabungan jazz. Walaupun begitu Bolin pasti dikenang utk masa yg singkat dgn Deep Purple. Dec 1976 akibat penyalahgunaan dadah & alcohol yg sering mengganggu kerjayanya Bolin ditemui mati slps overdose beberapa jam slps berada di atas pentas bg promosi album solo kedua & terakhirnya "Private Eyes" pada usia 25 tahun.

Permulaan karier Bolin menempa nama dgn band Rock Blues wanita (Zephyr) yg dibentuk pada tahun 1969. Tetapi impak yg plg besar adalah semasa Bolin bermain fussion jazz utk album solo pertama Billy Gobham - Spektrum 1973 -. Permainan gitar Bolin dlm album ini memberi kesan yg membawanya ke dlm Deep Purple yg mengambil Bolin menggantikan Ritchie Blackmore utk album ke 10 DP "Come Taste The Band".

Teaser dikeluarkan pada masa yg sama dgn "Come Taste The Band". Menggabungkan unsur2 gabungan jazz, funk & juga reggae dlm satu album Rock. Teaser bkn saja mempamerkan kebolehan Bolin yg luar biasa sebagai pemain gitar tetapi juga sebagai penulis lagu. Contoh sempurna blh didengar utk lagu pembukaan "The Grind" - funky, energik menggabungkan gitar flashy Bolin bermain dgn penulisan lagu berkelas & cangkuk vokal yg x dpt dilupakan. Lagu ke 3 "Dreamer" adalah lagu yg mempamerkan bakat vokal Bolin. Balada emosi yg dipimpin oleh piano itu dianggap sebagai salah satu lagu yg plg mengesankan dgn vokal emotiv yg sgt baik dr Bolin & solo gitar yg kuat meresap perasaan.  Kemunculan lagu dgn penampilan cameo dr pasangan band Deep Purple Glen Hughes menambah perasaan merasakan lagu itu. Lagu seterusnya "Savannah Woman" dipengaruhi Latin, sekali lg melihatkan kemahiran Bolin sebagai seorang komposer, memaparkan pengaruh Jazz Latin yg kuat lengkap dgn solo gitar Santana - esque dipersembahkan dlm komposisi yg lazimnya halus.

Teaser adalah salah satu album Rock yg plg menarik & unik tahun 70an. Tidak diragukan lg sebagai titik tertinggi dlm karier Bolin yg pendek namun produktif. Album ini meliputi pelbagai jenis gaya & menggabungkan pelbagai pengaruh berbeza. Teaser album yg sukar utk utk dikategorikan mengatasi garis antara Jazz - Rock & Straight forward Classic Rock.

*BEST*