Saturday, March 9, 2019

Pantera - Power Metal -

Album studio ke 4 rilis Mei 1988. Ini adalah album pertama Pantera menampilkan Phil Anselmo sebagai vokalis. Lineup ini kekal utk beberapa tahun sblm berpecah secara rasmi pada tahun 2003. Album ini mempamerkan gaya lebih agresif yg kadang2 lebih dkt dengan Thrash Metal daripada gaya Glam Metal album terdahulu. Gitaris Dimebag Darrel (kemudian namanya dikreditkan sebagai 'Diamond Darrell') juga menyanyi dlm lagu 'P*S*T*88'. Ramai org menyamakan album ini dgn album Guns N Roses Appetite For Destruction. Sy bukanlah pemuja/fanatik Dimebag Darrel. Sy menghormati beliau & percaya dia adalah salah seorang gitaris yg plg inspiratif. Sy lebih suka meminati sebuah band secara keseluruhan berbanding dgn seorang individu dlm band tersebut.

Pantera Power Metal adalah permata tersembunyi dlm sejarah mereka. Pantera mahu mempercayai 4 album pertama mereka sblm "Cowboys From Hell" tidak wujud. Selama era ini mereka msh mencari sound sendiri & akhirnya mereka mengambil masa selama 7 tahun utk kemudiannya menandatangani perjanjian secara rasmi dgn ATCO. Band ini melalui pelbagai jenis irama Metal dlm sejarah mereka. Glam, Tradisional & Groove Metal. Tetapi ini adalah album terbaik mereka di era ini. Ia adalah campuran sempurna antara Glam Metal & Tradisional Metal.

Pada pendapat sy 'Power Metal' sgt baik jika anda peminat Tradisional Heavy Metal. Secara peribadi ia adalah salah satu album kegemaran sy dr band ini. Ia menggabungkan Heavy Groove yg akan kita dgr dlm album selepas ini namun mengekalkan ciri2 utama yg sy nikmati dgn bnyk gaya Metal 80an. Pengalaman yg sgt2 menyeronokkan semasa mendengar!!!... Ramai peminat Pantera msh enggan mengakui album ini dihasilkan oleh mereka, namun sy mengesyorkan kepada semua peminat Klasik Heavy Metal utk memberi perhatian kepada album ini. Dan jika anda membencinya pada kali pertama mendengar, berikan satu lg cubaan.

*BEST*


2 comments:

  1. X layan sangat, tp lbh minat Pantera lama..Cowboys From Hell ke atas xleh masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Album ni plg dicari oleh fans antara 4 album awal dorg.. 👍👍

      Delete