Friday, March 22, 2019

Testament - The Ritual -

Album ke 5 rilis May 1992. Album studio terakhir drummer Louis Clemente & gitaris Alex Skolnick sehingga dia menyertai semula Testament pada tahun 2005. Utk album ini mereka mula membuat pendekatan irama yg lbh perlahan & lbh melodi tetapi dlm masa sama tetap mengekalkan akar Thrash mereka. Ada peminat Testament yg menolak & membenci album ini. Berikan peringatan tentang fakta kepada pendengar supaya anda tidak menyesal jika mengharapkan album seperti "New Order" & "The Legacy". Apabila anda mendengar dgn fikiran terbuka msh terdapat bnyk bahan yg menarik dlm album ini & ia tidak sama sekali sepadan dgn semua kebencian itu.

Sy tidak bersetuju dgn pendapat mengatakan album ini tidak bervariasi. "Electric Crown" & "Let Go Of My World" adalah percubaan Testament utk mengikuti usaha Metallica & Megadeth yg ringkas & melodic. Lagu yg menjadi tajuk album "The Ritual" adalah 7 minit progresif manakala "Deadline" adalah sgt melodic & komersial terdengar seakan2 lagu dr band Hair Metal. Sepanjang keseluruhan album terdapat bnyk riff yg menarik lagi mengagumkan seperti biasa dr mereka.

Jika anda ingin mendengar Testament yg biadanya Thrash Metal maka ini bkn utk anda. Tetapi jika anda suka suara bersih Chuck Billy & bnyk solo2 gitar album ini sememangnya utk anda.

*BEST*



2 comments:

  1. Aku suka Testament pasal Alex Skolnick...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sama gak bro.. Nanti nk try album selepas ni Skolnick dah kuar..

      Delete