Black Sabbath - Cross Purposes-
Album ke 17 rilis Jan 1994. Album yg dirakam slps keluarnya Ronnie James Dio dr Black Sabbath buat kali kedua & menandakan kepulangan Tony Martin sebagai vokalis. Geezer Butler kekal sebagai pemain bass & bks drummer Rainbow Bobby Rondinelli di ambil. Cross Purposes adalah satu2nya album studio yg dirakam oleh lineup ini. Sy selalu berpendapat bahawa era pertama Martin bersama Black Sabbath dgn album "The Eternal Idol", "Crossless Headles" & "Tyr" adalah lbh baik daripada pusingan kedua dgn band ini. Tetdapat khabar angin bahawa Martin & Geezer tidak sependapat dlm penulisan lagu utk album ini. Geezer ingin pergi lbh berat tetapi Martin lbh memilih beberapa elemen AOR.
Highlights album ini 7adalah lagu berat "Virtual Death". Geezer terlibat dlm lagu ini yg dibuktikan oleh intro solo bass beliau. Riff adalah perlahan & doomy utk lagu ini, Martin memanfaatkan seluruh rangkaian suaranya. Satu lg kegemaran adalah "Immaculate Deception" yg sgt baik & mungkin lagu terbaik dlm album ini. Lagu lain yg menjadi kegemaran sy ialah "Evil Eye". Bermula dgn riff doom yg baik & semestinya hanya Iommi yg blh menciptanya. Lagu ini sedikit rock & ditulis bersama dgn Eddie Van Halen (Nama beliau tidak dpt dikreditkan dlm album kerana sekatan dr label rekodnya - Warner Bros Record). . Mantobbb... Satu lg persembahan vokal hebat oleh Martin.
Ciri2 yg plg menakjubkan dr album ini adalah tahun ianya dikeluarkan kerana pada masa itu muzik Grunge sedang meletop. Black Sabbath Cross Purposes adalah album terbaik mereka dlm satu dekad. Album ini juga album terbaik era Tony Martin sebagai vokalis & album plg berat juga gelap yg mereka keluarkan dlm tempoh 2 dekad sejak album "Sabotage" 1976. Bunyi klasik Sabbath telah kembali menerusi album ini. Tony & Geezer sound mereka berbunyi lbh baik dr apa yg didengar bertahun2 sblmnya. Lagu "Virtual Death" adalah perkara terbaik yg dilakukan oleh Black Sabbath sejak zaman Dio.
*BEST**
No comments:
Post a Comment