Monday, May 20, 2019

Kiss - Dynasty - Japan Press With Obi.

Album studio ke 7 rilis Mei 1979. Kali pertama 4 ahli asal Kiss tidak dtg bersama2 utk rakaman keseluruhan album. Ramai org mengatakan album ini sebagai "Disco & Poppy". Anton Fig dijemput sebagai drummer jemputan selepas Peter Criss mengalami kemalangan kereta yg serius.

Walaupun album ini mendapat anugerah Platinum, 'Dynasty' menandakan permulaan tempoh tidak fokus yg akhirnya menyebabkan Peter Criss & Ace Frehley keluar dr Kiss pada tahun 1982. Dlm salah satu wawancara mereka mengakui mula mendengar pendapat org luar tentang arah apa muzik yg hendak dimainkan semasa Pra-rakaman Dynasty.

Album ini mengembalikan Kiss menjadi komersial. Mencapai No. 9 di carta album Billboard USA. Mendapat pengiktirafan Platinum oleh RIAA menjadikan album terakhir mereka yg tertinggi dlm carta selama beberapa tahun. Lagu fav sy dlm album ini "i Was Made for Lovin You" adalah kerjasama pertama kali Kiss dgn Desmond Child. Album ini tidak digemari oleh ramai peminat tetapi Dynasty adalah salah satu album Kiss kegemaran sy.. Best!!!


Monday, May 6, 2019

Michael Schenker Fest Live at Tokyo International Forum Hall A (2 cd).

Dirakamkan di Tokyo Jepun pada 24 Ogos 2016. Dikeluarkan dlm format 2 cd disc, Dvd & Blu-Ray. Rakaman secara langsung ini menggabungkan lineup yg sgt hebat termasuk 3 org penyanyi iaitu Gary Barden & Graham Bonnet (kedua2nya dr Michael Schenker Group) dan Robin McAuley (McAuley Schenker Group) serta Ted Mckenna drummer, Chris Glen bassist & Steve Mann keyboards. Schenker membina senarai set persembahan dgn sgt bijak dan setiap vokalis melakukan set sendiri secara berasingan. Diantara set itu Schenker memainkan beberapa lagu intrumentalsnya yg plg terkenal seperti "Into The Arena", "Coast To Coast & Captain Nemo" yg membolehkan gitarnya lbh liar dan bebas dlm gaya Schenker yg tipikal.

Ini adalah rakaman hebat dr konsert yg mantab. Beliau mungkin menghampiri umur persaraan tetapi dgn kekuatan album ini Michael Schenker tidak menunjukkan tanda2 utk bersara... Ressppeekkk!!!!

*BEST*




Friday, May 3, 2019

White Lion - Fight To Survive -

Debut album rilis Nov 1985 di Jepun & Jun 1986 di USA. White Lion ditubuhkan di New York oleh vokalis asal Denmark Mike Tramp & gitaris berbakat besar Vito Bratta. Mereka membuat persembahan di kelab & menarik perhatian pengurus tempat itu yg mempunyai hubungan dgn Producer dr Jerman Peter Hauke yg terus menawarkan utk membuat album kpd mereka dlm studionya di Frankfurt

Dgn harapan utk membuat album mereka menandatangani perjanjian dgn Elektra Records yg kemudiannya memutuskan menangguhkan perjanjian ini. Tetapi nasib mereka baik Jvc/Victor di Jepun telah melesenkan album ini yg membolehkan mereka menandatangani perjanjian dgn Atlantic Records.

"Fight To Survive" akhirnya dikeluarkan di USA oleh label Independent Grand Slamm Records yg berpengkalan di Philadelphia. Lagu seperti "Broken Heart", "Cherokee", "The Road To Valhalla", dan lagu yg menjadi tajuk album ini disukai oleh ramai orang & menjadikan mereka salah satu band yg plg berjaya pada masa itu.

"Fight To Survive" adalah Pure Hard Rock dgn vokal yg mantob serta kerja gitar membunuh. Apa yg pasti White Lion adalah band yg berbeza dlm arena muzik USA.

*BEST*


Friday, April 12, 2019

Panther - EP (1986) Reissue (2018)

Panther ditubuhkan pada tahun 1984 di LA, California USA. Selepas membuat persembahan di Troubadour (venue sama Van Halen & Guns 'n' Roses semasa mula dlm industri muzik) dgn cepat mereka mengumpul peminat. Muzik mereka yg melodic hard rock/Heavy metal sebaris dgn band seangkatan pada masa itu seperti Dokken, Q5, Loudness, Fifth Angel.

Diketuai oleh vokalis Jeff Scot Soto, Panther merupakan salah satu band baru yg plg meletop di LA. Tetapi selepas rakaman EP "Panther", Soto keluar dr band utk meneruskan kerjayanya dgn Yngwie J. Malmsteen's Rising Force. Selepas itu JSS dikenali sebagai vokalis hard rock yg baik. "Panther" pada mulanya dikeluarkan sebagai EP pada tahun 1986 & mengandungi 6 lagu.

The No Remorse Records mengeluarkan semula EP ini yg merangkumi lagu bonus "Set Me Free" serta 3 trek demo pada tahun lepas.

*BEST*
*REKOMENDED*



Sunday, April 7, 2019

Battlezone - Fighting Back -

Album pertama dr British Heavy Metal band Battlezone dgn bekas penyanyi Iron Maiden Paul Di'Anno. Rilis pada tahun 1986. Di'Anno meneruskan sound agresif NWOBHM yg dicipta bersama Maiden dlm album ini. Lagu seperti 'Warchild' & epik 'The Land God Gave To Cain' adalah antara lagu2 Heavy Metal terbaik yg dibuat oleh Di'Anno.

Di'Anno adalah seorang vokalis yg sgt hebat. Jika anda melihat selain semasa penglibatan beliau menjadi vokalis Maiden anda akan mendapati diskografinya memaparkan pelbagai kemahiran menulis juga dlm nyanyian. Beliau seorang vokalis yg lbh kejam & kasar. Gayanya merentasi antara Metal, Punk & pelbagai subgenre rock keras yg muncul sejak Metal menjadi popular sejak bertahun2 lalu.

Album ini memberi bukti mengapa ramai peminat meminati nyanyian Di'Anno ketika bersama Maiden. Semua lagu Killer No Filler. Sgt disarankan kepada peminat Heavy Metal 80an. Memang best!!!

*REKOMENDED*



Monday, April 1, 2019





D. A. D (Disneyland After Dark) - No Fuel Left For The Pilgrims -

Album ke 3 dr band Hard Rock asal Denmark. Rilis Mac 1989. Nama asal band ini adalah 'Disneyland After Dark' tetapi menukar nama utk mengelak disaman oleh The Walt Disney Company. Album ini mendapat jualan yg sgt baik antara album2 mereka yg lain. Dlm Denmark sendiri album ini terjual sebanyak 275000 unit. Statistik jualan yg cukup baik utk negara dgn penduduk hanya 5 juta org. Album ini juga berjaya di Asia & Eropah.

*BEST*
- Mereka mengejek Disneyland dgn memanggil album baru mereka = DIC. NII. LAN. DAFT. ERD. ARK. D -

Wednesday, March 27, 2019

Black Sabbath - Headless Cross -

Album ke 14 rilis April 1989. Album kedua menampilkan Tony Martin sebagai vokalis & Cozy Powell drummer dlm Black Sabbath. Salah satu album terbaik mereka. Apabila memikirkan Black Sabbath ramai yg tahu Ozzy Osbourne & Ronnie James Dio sebagai vokalis bkn Tony Martin. Album ini adalah masterpiece yg membuktikan mereka msh band yg kita tahu & suka. Album ini menunjukkan mereka msh blh bersaing & mengekalkan kedudukan dlm arena Metal dunia.

Dlm sejarah Black Sabbath era Tony Martin menjadi vokalis tidak mendapat pengiktirafan dr peminat mereka. Sama ada mereka hanya suka album 'Klasik' dgn Ozzy atau mereka lbh suka tempo komersial band bersama Dio.

Dlm tempoh ketika lineup Black Sabbath berubah2 seperti keadaan cuaca, Iommi mempunyai kuasa dlm menentukan vokalis utk Sabbath & kali ini ialah Brummie Tony 'The Cat' Martin. Antara 1987-1995, Martin muncul dlm 5 studio album bersama Sabbath. Dlm album ini terdapat beberapa lagu yg sgt berat & gelap seperti 'Nightwing' & 'When Death Calls'. Tidak syak lg ini adalah album terbaik Sabbath yg dikeluarkan tanpa Ozzy & Dio.

*BEST*