Tuesday, August 20, 2019

Alice Cooper - Billion Dollar Babies -

Album studio ke 6 rilis Feb 1973. Album yg berjaya & mencatat jualan yg tinggi. Lagu2 seperti "Hello Horray" & "No More Mr Nice Guy" adalah pencapaian terbesar Cooper dlm kerjayanya. Lagu2 tersebut dirakamkan di London & Connecticut yg menceritakan tentang kisah seram, necrophilia & gangguan seksual. Majoriti lirik lagu ditulis oleh beliau sendiri & dipengaruhi oleh Chuck Berry.

Selepas album ini keluar mereka mengadakan tour dengan 64 konsert yg dijadualkan di 59 bandar dlm masa 90 hari. Billion Dollar Babies lebih berjaya dari album Cooper yg lain. Menjadi No. 1 di USA & UK. Semua lagu menjadi hits di Billboard Hot 100. Album ini disahkan platinum oleh Persatuan Industri Rakaman USA & kekal sebagai salah satu album rock klasik sepanjang zaman. Terrbbaaikk!!!

*Alice Cooper adalah sebuah kumpulan sebelum Alice Cooper bergerak secara solo & kekal menggunakan nama tersebut*



Saturday, August 17, 2019

Riot City - Burn The Night -

Debut album rilis May 2019. Band berasal dari Calgary, Alberta Canada. Salah satu band yg mewakili Canada Metal. Ditubuhkan pada tahun 2011 & mengeluarkan demo pada tahun 2014.

Riot City merangkumi semangat Speed Metal USA dgn vokal yg kuat, melodi & riff gitar yg laju. Album yg hebat & "The Hunter" adalah lagu Speed Metal yg baik.

Riot City menawarkan Tradisional Heavy Metal berkualiti tinggi yg di ilhami dari band seperti 'Accept', 'Judas Priest' & 'Mercyful Fate'. Tak syak lagi album ini antara terbaik utk tahun ini... Best!!!!

*Cover album menarik yg kelihatan seperti cover album2 Judas Priest*


Friday, August 16, 2019

Dark Angel - Darkness Descends -

Album ke 2 rilis Nov 1986. Album ini dianggap sebagai landmark genre Thrash Metal. Apa yg anda tahu mengenai mereka? Mungkin ada yg tau mengenai drummer mereka Gene Hoglan. Beliau pernah menjadi drummer utk band seperti Death & Testament. Kemunculan sulong beliau dlm Dark Angel.

1986 adalah tahun menakjubkan utk Thrash Metal. Dgn 'Reign in Blood', 'Pleasure To Kill', 'Peace Sells' & Master Of Puppets' telah membawa irama extreme metal ke tahap yg baru. Terdapat bnyk riff2 hebat sepanjang perjalanan album & drum Hoglan sgt luar biasa. Sy benar2 dpt mendengar betapa bnyk pengaruh Death Metal terutama utk lagu 'Black Prophecies'. Satu2nya perkara yg kurang bagi sy adalah vokal. Vokal Don Doty baik tetapi memikirkan lineup yg sgt bagus, sesuatu yg agresif & tidak dpt dilupakan akan menjadikannya lebih baik. Secara keseluruhan album ini hebat dari band yg berada di kemuncak. Jika anda peminat Thrash.. Dapatkan... Best!!!

*Gene Hoglan hanya berumur 18 tahun semasa rakaman album ini*


Tuesday, August 13, 2019

Kiss - Creatures Of The Knight -

Album studio ke 10 rilis Oktober 1982. Album ini didekasikan utk pengasas syarikat rakaman Casablanca & penyokong Kiss terawal Neil Bogart yg mati akibat kanser semasa proses rakaman. Ini juga album terakhir bersama Ace Frehley. (Cover ini adalah rerelease cover yg memaparkan Bruce Kulick walaupun beliau tidak bermain gitar dlm album ini. Kerja2 gitar dlm album ini dimainkan oleh Vinnie Vincent & beberapa org gitaris lain.)

Kiss adalah band yg hebat & album ini pasti (tidak dijangka) kembali kepada akar rock mereka, bahkan lebih keras dari album sebelum ini. Dlm album ini lagu2 Simmons lebih baik dr Stanley. Vokal Stanley baik terutamanya utk lagu ballad 'i Still Love You' (ada ura2 lagu2 ini dicipta selepas beliau putus tunang). Lagu ini kemungkinan lagu ballad terbaik dari mereka.

Album ini tidak pernah mendapat penghormatan sewajarnya. Selepas album ini mereka meninggalkan identiti solekan muka.. Best!!!


Saturday, August 10, 2019

Metal Church - The Dark -

Album ke 2 rilis Oktober 1986. Album klasik dr mereka. Sering menjadi topik perbahasan di kalangan peminat sama ada ianya lbh baik dr album pertama. Dari awal hingga akhir anda x perlu melangkau lagu, semua track mantob. David Wayne (vokalis) keluar dr band selepas album ini. Metal Church mengeluarkan 3 album (termasuk demo) yg sgt baik bersamanya. Jika anda menikmati album yg heavy & laju anda mungkin menyukai 1st album dr album ini.

Tidak hairan org berhujah sama ada album ini album terbaik mereka. Bahkan lagu yg dianggap lemah sebenarnya lagu yg bagus. Album yg sgt baik oleh band yg menetapkan standard yg sgt tinggi pada permulaan kerjaya, sehingga tiap album berikutnya akan dibandingkan dgn 2 karya awal mereka. Album ini adalah campuran klasik metal, speed & thrash. Tanpa sebarang keraguan album2 Metal Church patut ada dlm koleksi peminat genre ini.. Bestt!!!!


Tuesday, August 6, 2019

Deep Purple - Machine Head (Japan Press With Obi) -.

Album studio ke 6 rilis Mac 1972. Album ini sering disebut sebagai pengaruh utama dlm perkembangan awal genre Heavy Metal. Secara komersial adalah album DP yg plg berjaya. Apabila org bercakap mengenai DP perkara pertama yg terlintas semestinya lagu "Smoke On The Water". Menyedihkan kerana DP jauh lbh baik daripada single yg top itu.

Mendapat perhatian teraju utama DP Ian Gilan & Ritchie Blackmore. Gillan mengesahkan tempat di kalangan penyanyi rock terbaik di zamannya dgn persembahan vokal beliau utk lagu "Smoke On The Water", "Highway Star" & "Space Truckin". Blackmore pula melakukan kerja2 gitar jauh melampaui eranya, dgn beberapa solo neoklasik & riff blues yg berat. Jadi.... Apa lg hendak dikatakan mengenai album ini? Ia mengandungi 7 lagu klasik & adalah album pembentukan terawal Heavy Metal yg berpengaruh. Jika anda peminat irama Metal, tanpa ragu2 sila dptkan album ini. Rekomended!!!!

*Tercetusnya idea utk lagu "Smoke On The Water" semasa mereka menyaksikan konsert Frank Zappa di Switzerland. Terjadi kebakaran menyebabkan asap yg tebal di tasik berdekatan. Salah satu lagu klasik DP.. Mereka x target pun lagu ni meletop.. Terrbbaaaiikkk!!



Saturday, August 3, 2019

Accept - Russian Roulette -

Album ke 7 rilis April 1986. Album terakhir Udo sebagai vokalis sblm kembali semula pada tahun 1993. Udo agak kecewa dgn pengeluaran album ini. Tp bg sy album ini antara album terbaik yg mereka keluarkan.

Tahun 1987 menandakan berakhirnya era klasik Accept. Apa yg berlaku pada tahun itu sudah difahami, Udo vokalis asal yg berkarisma meninggalkan band kerana idea muzik berbeza.

Album ini mungkin tidak selaju album 'Restless And Wild' tetapi sy menikmati keseluruhan album. Jika niat mereka adalah utk menarik peminat baru, maka utk maksud itu album ini menjadi percubaan yg baik utk melakukannya. Ini mungkin bukan album kegemaran sy tetapi sy cadangkan ini utk peminat2 Accept. Terbaikk!!