Saturday, November 30, 2019

Living Death - Protected From Reality -

Album ke 3 rilis tahun 1987. Mereka berasal dari Jerman. Dianggap sebagai antara yang terawal memperkenalkan genre Thrash Metal di Eropah. Muzik dalam album ini adalah pure Jerman Speed Metal semasa zaman kemuncak 80an. Suara vokalis Thorsten Toto Bergmann sangat tinggi & jeritannya mengagumkan. Lineup berada di kemuncak permainan masing2. Contoh terbaik untuk lagu 'Wood Of Necrophiliac'. Mengandungi bahagian melodik hebat yang membuktikan kedua - dua gitaris mempunyai bakat untuk datang dengan riff & solo hebat.


Album yang hebat kerana keseimbangan dalam setiap lagu. Jadi apa yang diharapkan dari album ini? Pasti dasarnya speed metal jerman dari mula hingga akhir. Sudah tentu sy cadangkan album ini untuk anda dengar walaupun ada yang tak menyukai vokal Toto. Protected From Reality layak menjadi salah satu album speed metal Jerman terbaik.... Padu!!!

Tuesday, November 26, 2019

Anvil - Hard 'N' Heavy -

Debut album rilis May 1981. Kumpulan ini asalnya diberi nama 'Lips' tetapi kemudiannya ditukar kepada Anvil. Pengasas Anvil adalah lead vokalis & gitaris Steve 'Lips' Kudrow. Mereka berasal dari Toronto, Canada.

Terdapat banyak lagu yang baik dalam album ini walaupun kekurangan konsistensi. Satu lagi aspek yang selalu dilakukan mereka adalah menambah rasa humor/lucu dalam kebanyakan lagu mereka. Album ini kekurangan perisa metal,sebelum mereka dikaitkan dengan Speed metal untuk album seterusnya... Best!!!

*1 lagu cover dari Rolling Stones 'Paint It Black*.
*Tontonlah filem dokumentari - The Story Of Anvil (2008) kisah suka duka (kisah benar) tentang perjalanan mereka dalam dunia muzik. X mudah putus asa.. Respek!! *


Saturday, November 23, 2019

Mad Max - Rollin Thunder -

Album ke 2 rilis Oktober 1984. Mereka berasal dari Jerman & bermain muzik hard rock/ heavy metal. Album ini menentukan hala tuju arah muzik mereka. Vokalis Michael Voss masuk untuk menggantikan vokalis sebelum ini Andreas Baesler. Voss mempunyai vokal dengan julat yang tinggi & sesuai dengan apa yang dimainkan kumpulan ini.

Album ini berjaya dalam scene rock Eropah. Mendapat ulasan yang baik dari pengkritik yang menyebabkan label membuat keputusan untuk mengedarkannya di USA dibawah Metal Blade Records. Mendapat pengiktirafan untuk album terbaik tahunan dari majalah heavy metal USA Iron Planet. Gitaris/pengasas Jurgen Breforth & Michael Voss membuat keputusan yang mengejutkan. Mereka ingin membawa Mad Max ke puncak tahap profesional tertinggi. Atas alasan itu mereka menukar/memecat rythm gitar, drummer & bassist album ini. Lineup baru ini menjadi band supported untuk Uriah Heep dlm 1 gigs. Mereka juga melakukan tour bersama Yngwie Malmsteen's Rising Force. Album ini merupakan gabungan unsur melodik yang hebat dengan pure metal elemen yang berfungsi dengan baik... Best!!!


*Nama kumpulan diambil sempena nama filem yang popular pada tahun 1979*.


Friday, November 22, 2019

Liege Lord - Freedom's Rise -

Debut album rilis tahun 1985. Pada sy band ini benar2 salah satu klasik underground 80an USA metal. Debut hebat dari band yang dikeluarkan oleh label kecil. Bassist Matt Vinci memainkan instrumen dengan cemerlang. Gitaris Tony Truglio & Pete McCartly dengan riff2 yang membuka jalan kepada solo2 yang dibina dengan jayanya. Vokalis Andy Michaud walaupun tidak mempunyai tone yang power tapi penuh dengan kawalan & kejelasan suara.

Freedom's Rise bukan hanya album terbaik band tapi karya masterpiece old power metal. Sangat disarankan kepada peminat2 genre ini... Best!!!



Monday, November 18, 2019

Sinner - Danger Zone -

Debut album rilis tahun 1984. Band yang berasal dari Stuttgart, Jerman. Diberi nama sempena nama pengasas, vokalis & pemain bass Mat Sinner. Arah muzik album ini adalah awal/pertengahan 80an metal dengan kombinasi antara Judas Priest & Saxon. Pengeluaran yang sangat baik. Sy sangat suka dengan cover album. Album ini mempunyai salah satu sound gitar hard rock/heavy metal pilihan sy untuk 80an. Contoh terbaik intro lagu "Lupo Manaro".

Ini adalah album debut yang sempurna. Apa yang diperlukan hanya kuatkan volume & nikmati irama hard rock/heavy metal 80an.
Setiap lagu menyeronokkan untuk didengar. "Danger Zone", "Scene Of The Crime", "Fast, Hard & Loud" & "The Shiver"  adalah lagu fav sy dalam album ini. Sering tertanya2 mengapa Sinner tidak pernah mendapat lebih penghargaan. Adakah kerana mereka kurang 'Jahat' atau menakutkan berbanding band Jerman yang lain? Mungkin kerana tidak bernasib baik? Bagaimanapun album ini memerlukan perhatian yang lebih. Jika anda peminat Jerman 80an metal dapatkan album ini.. Ia amat2 berbaloi... Klasik!!...

*Aktif lagi band ni, tahun ni keluar album baru*.


Saturday, November 16, 2019

Grinder - Dawn For The Living -

Debut album rilis tahun 1988. Jerman adalah tempat kepada banyak kumpulan Thrash sepanjang lebih 30 tahun yang lalu. Peminat2 telah melihat & mendengar band2 yang hebat seperti Exumer, Deathrow & Mekong Delta. Tetapi satu kumpulan tidak diendahkan dari senarai itu. Kumpulan ini adalah Speed/Thrash band Grinder.

Album ini dimulai dengan lagu "Obsession" yang laju serta menampilkan beberapa riff pantas. Adrian Hahn mengendalikan tugas vokal/bass dengan sangat baik. Gitaris Lario & Andy bermain sangat pantas. Mereka memainkan pelbagai riff yang tidak dijangka. Drummer Stefan juga mempamerkan prestasi hebat & mengagumkan.

Agak menyedihkan kumpulan sebagus ini ramai yang tidak mengetahuinya. Dawn For The Living adalah album klasik. Sekiranya anda ingin mendengar album ini dalam bentuk terbaik sy cadangkan 'Edisi Deluxe Remastered Divebomb'. Bunyi remastered menjadikannya lebih baik dari yang asal pada pandangan sy.. (sy x kisah mana2 press pun boleh). Sekiranya anda belum pernah mendengar Grinder, sy cadangkan anda mendapatkannya... Rekomended!!


*Grinder band metal antarabangsa pertama yang membuat persembahan di Turki tahun 1990*.


Monday, November 11, 2019

Omen - Battle Cry -

Debut album rilis Oktober 1984. Tahun 1984 adalah tahun kegemilangan untuk Traditional Metal. Banyak kumpulan mengeluarkan album berkualiti tinggi. Antara semua kumpulan itu, kumpulan dari LA mengeluarkan debut album mereka. 'Battle Cry' jelas merupakan album mercu tanda bukan sahaja untuk US Power Metal tetapi keseluruhan genre Power Metal secara amnya dengan pendekatan yang lebih ganas terhadap lirik & cover album (cantikkan?)...



OrOmen masih aktif hingga hari ini tetapi malangnya selepas pemergian vokalis J.D Kimball pada tahun 1998 mereka tidak menjumpai magic yang terdapat dalam album2 awal mereka. Tahun 2003 Kimball mengalami kanser perut seterusnya mengakibatkan kematiannya. Tetapi warisan & peninggalannya terus hidup & akan selamanya diabadikan dalam rekod2 awal Omen yang peminat2 hargai. Album ini sangat klasik. Jika peminat Power Metal tidak memiliki album ini pasti koleksi anda belum lengkap. Keluar, cari & dapatkan album ini... Dan.... sentiasalah berwaspada kepada The Axeman..... Power!!!

Friday, November 8, 2019

Chastain - Mystery of Illusion -

Debut album rilis tahun 1985. Kumpulan ini dinamakan selepas lead gitaris David T. Chastain dibawa ke scene metal dunia oleh Mike Varney. Beliau juga berkebolehan menulis & mencipta lagu metal yang bagus. Lagu yang laju 'I ve seen tomorrow' satu contoh di mana band mengeluarkan segala kebolehan mereka untuk serangan lagu metal yang keras lagi aggresif.

Mengenai vokalis wanita band ini 'Leather Leone', beliau adalah antara sebab mengapa album ini bagus. Suaranya mencapai nota yang sangat tinggi (Resspeekk!!). Sudah tentu kerja2 gitar David T. Chastain juga penyebabnya, solo2nya cemerlang dengan gabungan melodi & teknik yang sempurna.



Mystery of Illusion bukanlah album heavy metal terbaik yang anda tidak pernah dengar kerana sy percaya banyak lagi album metal yang bagus. Tetapi ia masih berkualiti mendengar dari sebuah band yang kemudiannya membuka kunci potensi sebenar untuk album seterusnya... Best!!!

Monday, November 4, 2019

Anthrax - State Of Euphoria -

Album ke 4 rilis Sep 1988. Sy tidak pasti mengapa ada peminat yg tidak suka album ini. Sy rasa album ini hebat & yang pasti ada lagu yang filler tetapi ada juga lagu yang paling tinggi & terbaik mereka. Pengeluaran hebat tapi mungkin sedikit kering. Cover menarik. Solo2 gitar mantap.

Untuk album ini Anthrax menggabungkan bunyi Thrash dengan lebih banyak unsur punk juga vibe rock. Lagu pembukaan " Be All, And All" menambah bunyi cello & violin pada intro lagu. Album ini tidak betul2 konsisten & banyak lagu yang hampir sama bunyinya yang agak membosankan semasa mendengar. 5 dari 10 lagu sangat baik, selebihnya ok2 saja bagi sy. Secara keseluruhan album ini bagus tapi tidak hebat... Dapatkan @lupakan...😁



Friday, November 1, 2019

Hallow's Eve - Monument -

Album ke 3 rilis pada tahun 1988. Selepas album Death & Insanity yang baik, album ini adalah yang terakhir mereka pada tahun 80an adalah memuaskan tetapi sedikit kurang menawan tapi tetap memikat peminat2. Monument nampak lebih kepada Speed/Thrash Metal pada masa itu.

Pengeluaran album ini tidak diragukan lagi adalah yang paling bersih & yang paling tajam. Lagu Thrash terpantas seperti "Speed Freak" & "Painkiller" cukup menghiburkan. Mereka dianggap sebagai band yang 'cult' dalam scene Thrash Metal & 3 album awal mereka sangat klasik. Masalah lineup mengakhiri perjalanan band untuk masa yang lama. Mereka cuba bangkit tetapi tidak berjaya mendapat kembali kekuatan yang lama... Best!!!

*Nama band adalah istilah untuk hari cuti di USA*




*1 lagu cover dari Queen "Sheer Heart Atrack*