Monday, November 11, 2019

Omen - Battle Cry -

Debut album rilis Oktober 1984. Tahun 1984 adalah tahun kegemilangan untuk Traditional Metal. Banyak kumpulan mengeluarkan album berkualiti tinggi. Antara semua kumpulan itu, kumpulan dari LA mengeluarkan debut album mereka. 'Battle Cry' jelas merupakan album mercu tanda bukan sahaja untuk US Power Metal tetapi keseluruhan genre Power Metal secara amnya dengan pendekatan yang lebih ganas terhadap lirik & cover album (cantikkan?)...



OrOmen masih aktif hingga hari ini tetapi malangnya selepas pemergian vokalis J.D Kimball pada tahun 1998 mereka tidak menjumpai magic yang terdapat dalam album2 awal mereka. Tahun 2003 Kimball mengalami kanser perut seterusnya mengakibatkan kematiannya. Tetapi warisan & peninggalannya terus hidup & akan selamanya diabadikan dalam rekod2 awal Omen yang peminat2 hargai. Album ini sangat klasik. Jika peminat Power Metal tidak memiliki album ini pasti koleksi anda belum lengkap. Keluar, cari & dapatkan album ini... Dan.... sentiasalah berwaspada kepada The Axeman..... Power!!!

No comments:

Post a Comment