Saturday, November 30, 2019

Living Death - Protected From Reality -

Album ke 3 rilis tahun 1987. Mereka berasal dari Jerman. Dianggap sebagai antara yang terawal memperkenalkan genre Thrash Metal di Eropah. Muzik dalam album ini adalah pure Jerman Speed Metal semasa zaman kemuncak 80an. Suara vokalis Thorsten Toto Bergmann sangat tinggi & jeritannya mengagumkan. Lineup berada di kemuncak permainan masing2. Contoh terbaik untuk lagu 'Wood Of Necrophiliac'. Mengandungi bahagian melodik hebat yang membuktikan kedua - dua gitaris mempunyai bakat untuk datang dengan riff & solo hebat.


Album yang hebat kerana keseimbangan dalam setiap lagu. Jadi apa yang diharapkan dari album ini? Pasti dasarnya speed metal jerman dari mula hingga akhir. Sudah tentu sy cadangkan album ini untuk anda dengar walaupun ada yang tak menyukai vokal Toto. Protected From Reality layak menjadi salah satu album speed metal Jerman terbaik.... Padu!!!

No comments:

Post a Comment