Saturday, November 23, 2019

Mad Max - Rollin Thunder -

Album ke 2 rilis Oktober 1984. Mereka berasal dari Jerman & bermain muzik hard rock/ heavy metal. Album ini menentukan hala tuju arah muzik mereka. Vokalis Michael Voss masuk untuk menggantikan vokalis sebelum ini Andreas Baesler. Voss mempunyai vokal dengan julat yang tinggi & sesuai dengan apa yang dimainkan kumpulan ini.

Album ini berjaya dalam scene rock Eropah. Mendapat ulasan yang baik dari pengkritik yang menyebabkan label membuat keputusan untuk mengedarkannya di USA dibawah Metal Blade Records. Mendapat pengiktirafan untuk album terbaik tahunan dari majalah heavy metal USA Iron Planet. Gitaris/pengasas Jurgen Breforth & Michael Voss membuat keputusan yang mengejutkan. Mereka ingin membawa Mad Max ke puncak tahap profesional tertinggi. Atas alasan itu mereka menukar/memecat rythm gitar, drummer & bassist album ini. Lineup baru ini menjadi band supported untuk Uriah Heep dlm 1 gigs. Mereka juga melakukan tour bersama Yngwie Malmsteen's Rising Force. Album ini merupakan gabungan unsur melodik yang hebat dengan pure metal elemen yang berfungsi dengan baik... Best!!!


*Nama kumpulan diambil sempena nama filem yang popular pada tahun 1979*.


No comments:

Post a Comment