Monday, November 18, 2019

Sinner - Danger Zone -

Debut album rilis tahun 1984. Band yang berasal dari Stuttgart, Jerman. Diberi nama sempena nama pengasas, vokalis & pemain bass Mat Sinner. Arah muzik album ini adalah awal/pertengahan 80an metal dengan kombinasi antara Judas Priest & Saxon. Pengeluaran yang sangat baik. Sy sangat suka dengan cover album. Album ini mempunyai salah satu sound gitar hard rock/heavy metal pilihan sy untuk 80an. Contoh terbaik intro lagu "Lupo Manaro".

Ini adalah album debut yang sempurna. Apa yang diperlukan hanya kuatkan volume & nikmati irama hard rock/heavy metal 80an.
Setiap lagu menyeronokkan untuk didengar. "Danger Zone", "Scene Of The Crime", "Fast, Hard & Loud" & "The Shiver"  adalah lagu fav sy dalam album ini. Sering tertanya2 mengapa Sinner tidak pernah mendapat lebih penghargaan. Adakah kerana mereka kurang 'Jahat' atau menakutkan berbanding band Jerman yang lain? Mungkin kerana tidak bernasib baik? Bagaimanapun album ini memerlukan perhatian yang lebih. Jika anda peminat Jerman 80an metal dapatkan album ini.. Ia amat2 berbaloi... Klasik!!...

*Aktif lagi band ni, tahun ni keluar album baru*.


No comments:

Post a Comment