Friday, November 8, 2019

Chastain - Mystery of Illusion -

Debut album rilis tahun 1985. Kumpulan ini dinamakan selepas lead gitaris David T. Chastain dibawa ke scene metal dunia oleh Mike Varney. Beliau juga berkebolehan menulis & mencipta lagu metal yang bagus. Lagu yang laju 'I ve seen tomorrow' satu contoh di mana band mengeluarkan segala kebolehan mereka untuk serangan lagu metal yang keras lagi aggresif.

Mengenai vokalis wanita band ini 'Leather Leone', beliau adalah antara sebab mengapa album ini bagus. Suaranya mencapai nota yang sangat tinggi (Resspeekk!!). Sudah tentu kerja2 gitar David T. Chastain juga penyebabnya, solo2nya cemerlang dengan gabungan melodi & teknik yang sempurna.



Mystery of Illusion bukanlah album heavy metal terbaik yang anda tidak pernah dengar kerana sy percaya banyak lagi album metal yang bagus. Tetapi ia masih berkualiti mendengar dari sebuah band yang kemudiannya membuka kunci potensi sebenar untuk album seterusnya... Best!!!

No comments:

Post a Comment