Saturday, November 16, 2019

Grinder - Dawn For The Living -

Debut album rilis tahun 1988. Jerman adalah tempat kepada banyak kumpulan Thrash sepanjang lebih 30 tahun yang lalu. Peminat2 telah melihat & mendengar band2 yang hebat seperti Exumer, Deathrow & Mekong Delta. Tetapi satu kumpulan tidak diendahkan dari senarai itu. Kumpulan ini adalah Speed/Thrash band Grinder.

Album ini dimulai dengan lagu "Obsession" yang laju serta menampilkan beberapa riff pantas. Adrian Hahn mengendalikan tugas vokal/bass dengan sangat baik. Gitaris Lario & Andy bermain sangat pantas. Mereka memainkan pelbagai riff yang tidak dijangka. Drummer Stefan juga mempamerkan prestasi hebat & mengagumkan.

Agak menyedihkan kumpulan sebagus ini ramai yang tidak mengetahuinya. Dawn For The Living adalah album klasik. Sekiranya anda ingin mendengar album ini dalam bentuk terbaik sy cadangkan 'Edisi Deluxe Remastered Divebomb'. Bunyi remastered menjadikannya lebih baik dari yang asal pada pandangan sy.. (sy x kisah mana2 press pun boleh). Sekiranya anda belum pernah mendengar Grinder, sy cadangkan anda mendapatkannya... Rekomended!!


*Grinder band metal antarabangsa pertama yang membuat persembahan di Turki tahun 1990*.


No comments:

Post a Comment